Saturday, 27 December 2014
Pesawat Air Asia Hilang,Operasi menyelamat sedang dijalankan
SHAH ALAM - Air Asia kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat setelah pesawat milik mereka dilaporkan hilang hari ini .
“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan Air Asia hari ini.
Sementara itu, bagi membantu anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat itu, AirAsia telah menubuhkan pusat panggilan kecemasan di talian +622129850801.
Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman webwww.airasia.com.
Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.
Pesawat AirAsia dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pagi ini setelah dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.
KUALA LIPIS - Kerajaan akan membantu mencari pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan hilang dari radar pagi tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berkata, kerajaan akan membantu mencari punca sebenar kejadian yang berlaku pada pesawat Airbus A320 AirAsia tersebut yang terputus hubungan.
"Saya tidak dapat banyak maklumat pada masa ini tentang kejadian pesawat berkenaan.
"Cuma sudah disahkan sebuah pesawat AirAsia telah hilang dari radar...kemungkinan besar satu musibah besar telah berlaku pada pesawat tersebut.
"Kerajaan akan bantu mencari pesawat itu,"katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di sini, hari ini.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/air-asia-operasi-menyelamat-sedang-dijalankan-1.345494