Home » » Burung Enggang Berhijrah Ke Bandar

Burung Enggang Berhijrah Ke Bandar

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 11 January 2015 | 16:48


Pelikkan bila dikatakan burung Enggang Berhijrah Ke Bandar, dunia dah nak terbalik kot,  burung enggang yang merupakan pembiak huni yang biasa di Asia selatan tropikia, dari India dan Sri Lanka hingga ke Borneo di timur. Ia merupakan keluarga burung yang tergolong dalam order hampir Passeriformes tropika dan terdapat di Dunia Lama. Nama saintifiknya Anthracoceros coronatus,
Habitat Burung Enggang Tangling ialah hutang jarang terbuka dan ladang, tetapi lain pula burung Enggang ini yang berhijrah ke bandar Skudai johor baru, ikuti laporan berita harian di bawah.
Johor Bahru: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor menasihati orang ramai supaya tidak mengganggu burung enggang yang bersarang di papan pandu lalu restoran makanan segera sebuah stesen minyak di Jalan Skudai, di sini.
Jurucakapnya berkata, burung enggang ialah spesies dilindungi sepenuhnya mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.
Beliau berkata, luar biasa apabila burung enggang berkenaan menjadikan papan tanda sebagai habitat dan bersarang.
“Kebiasaannya ia tidak tinggal di bandar kerana suasana yang sibuk, tetapi kali ini luar biasa ia bersarang di papan tanda di sebuah stesen minyak,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, seorang pelajar, Zainureena Zainuddin, 20, berkata, dia melihat sepasang burung enggang yang bersarang di papan tanda berkenaan awal bulan ini.
Menurutnya, kehadiran burung berkenaan menjadi tarikan kepada orang ramai yang mengunjungi stesen minyak berkenaan sama ada untuk mengisi minyak atau makan di restoran makanan segera di situ.
“Saya sempat merakam beberapa gambar ketika burung enggang membawa pulang ranting kayu dan memasuki lubang di papan tanda itu.
“Saya bimbang jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab menangkapnya sehingga menyebabkan haiwan itu cedera,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23318#sthash.EE91Ps4G.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger