Home » » Penagih dadah diberkas curi kabel elektrik

Penagih dadah diberkas curi kabel elektrik

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 27 January 2015 | 23:00


BESUT - Seorang lelaki dipercayai penagih dadah diberkas pengawal keselamatan atas kesalahan mencuri kabel elektrik di kawasan Taman Ilmu dekat Tembila di sini, kelmarin.

Suspek berusia 32 tahun itu diberkas pengawal keselamatan yang ketika itu sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 9 pagi dan terserempak dengan suspek di belakang sebuah bangunan di situ.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, pengawal terbabit melakukan pemeriksaan dan dapati suspek membawa beberapa keratan kabel elektrik dipercayai dipotong dari kawasan bawah tanah Taman Ilmu itu.

“Suspek juga dikatakan bawa satu beg sukan dan di dalamnya terdapat seunit pemotong dan gergaji besi selain satu penyodok tanah,” katanya.

Khaled berkata, pengawal terbabit kemudiannya menyerahkan suspek kepada pihak polis dan pemeriksaan lanjut menemui lima biji pil dipercayai dadah jenis methamphetamine (pil kuda) pada pakaiannya.

Saringan air kencing menunjukkan suspek yang tinggal di Kampung Beting Lintang dan masih bujang itu positif dadah jenis pil kuda.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1) akta yang sama,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger