Home » » Wanita diperkosa bergilir-gilir selepas disamun

Wanita diperkosa bergilir-gilir selepas disamun

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 7 January 2015 | 20:50


Johor Bahru – Seorang wanita warga China berusia 38 tahun dirogol bergilir-gilir oleh empat penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis selain turut melarikan barangan berharga bernilai lebih RM20,000 di sebuah apartmen di Larkin, di sini, kira kira 9.20 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, wanita berkenaan tidak bekerja dan sudah dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.
Katanya, polis kini menggerakkan usaha untuk memburu empat suspek berkenaan dan seorang rakan lagi rakan jenayah suspek yang masih bebas.
“Kira kira 9.20 malam tadi semasa pengadu, seorang tukang kayu berusia 42 tahun hendak keluar rumah, lima lelaki memperkenalkan diri sebagai polis (tanpa menunjukkan apa apa kad kuasa atau pengenalan diri) dan menolak pengadu masuk ke dalam rumah.
“Dua daripada suspek memukul pengadu menggunakan tangan dan kaki dan mengarahkan pengadu masuk ke dalam bilik sementara wanita terbabit dibawa ke bilik lain dan dirogol secara bergilir gilir oleh empat suspek.
“Rumah pengadu diselongkar dan barangan berharga lebih RM20,000 dilarikan selain pengadu berkenaan diarah membuka pakaian sebelum semua suspek melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini, lapor Hmetro.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger