Home » » Lagi pesawat terhempas, 13 terselamat

Lagi pesawat terhempas, 13 terselamat

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 7 January 2015 | 20:48


TRAGEDI yang melibatkan industri penerbangan dunia seakan belum berakhir apabila sebuah lagi pesawat dilaporkan terhempas di sebuah tasik, di North Island, New Zealand sebentar tadi.
Kesemua 13 orang yang terdiri daripada seorang juruterbang, enam kru dan enam penumpang yang berada dalam pesawat itu berjaya menyelamatkan diri.
Memetik laporan The Rakyat Post, pesawat ringgan yang berwarna merah jambu dalam perjalanan ke Tasik Taupo, 280 kilometer dari selatan Auckland, untuk menyertai sukan terjun udara.
Bercerita disebalik kejadian itu, seorang saksi, Bevan Johnhill ada ternampak sekumpulan orang yang terjun dari pesawat itu yang dipercayai mengalami masalah mekanikal, kira-kira jam 12.15 tengah hari (waktu tempatan).
“Saya nampak mereka terjun dari pesawat itu, sebelum ia tenggelam di tasik.
“Saya rasa juruterbang adalah orang terakhir yang keluar dari pesawat.”ujarnya.
Bagaimanapun Ketua Eksekutif Skydive Taupo yang mengendalikan pesawat itu, Roy Clements berkata pesawat itu mengalami masalah enjin selepas ianya berlepas kira-kira pukul 12 tengah hari.
Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam New Zealand, Mike Richards menyifatkan kejadian ini sebagai amat menakjubkan, memandangkan tiada yang terkorban dan punca nahas masih disiasat. Pesawat merah jambu itu dikatakan telah terhempas di sebuah tasik cetek sedalam 3.5 meter berdekatan pesisir Teluk Rotongaio.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger