Home » » Umno Pas bentukan kerajaan perpaduan empat hari lagi dakwa Lim Kit Siang

Umno Pas bentukan kerajaan perpaduan empat hari lagi dakwa Lim Kit Siang

Written By Gaha Belako on Saturday, 14 March 2015 | 05:35


Kuala Lumpur – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa pembentukan kerajaan perpaduan diantara PAS dan UMNO akan menjadi kenyataan dalam tempoh empat hari lagi.
Menurutnya tindakan itu berdasarkan kepada sokongan yang bakal diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan negeri pimpinan PAS pada sidang DUN Kelantan pada Rabu ini melalui pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (undang-undang hudud).
“MCA dan Gerakan juga berharap komplot itu berjaya supaya pakatan rakyat musnah. Ini adalah senario politik yang rakyat Malaysia akan hadapi dalam beberapa hari lagi,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dilaporkan berharap ADUN BN akan menyokong pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II pada Rabu ini.
Ahmad Yakob dipetik berkata, sokongan ADUN BN amat diperlukan oleh PAS bagi memastikan kelancaran perjalanan untuk melaksanakan undang-undang tersebut.
Kata beliau, perjuangan pelaksanaan hukum tersebut perlu diteruskan dan ia merupakan harapan seluruh rakyat Kelantan yang mahukan kadar jenayah dapat dikurangkan dengan terlaksananya hukum Islam.
Kit Siang dalam pada itu mendakwa pihak dalam PAS yang mahukan kerajaan perpaduan berjaya melaksanakan rancangan itu berikutan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.
“Kematian Nik Abdul Aziz adalah peluang terbaik untuk pembentukan kerajaan perpaduan,” katanya.
DAP sebelum ini memberi amaran PAS tidak lagi akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan rakyat jika parti itu meneruskan pembentangan rang undang-undang hudud di DUN Kelantan.
-Sumber -  http://www.suara.tv/2015/03/14/umno-pas-bentuk-kerajaan-perpaduan-rabu-ini-kit-siang/
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger