Home » » 438 pesalah trafik diburu di tempat kerja

438 pesalah trafik diburu di tempat kerja

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 14 May 2015 | 22:58


KOTA BHARU - Sejumlah 438 pesalah trafik yang memiliki tiga waran tangkap antara tahun 2013 dan 2015 akan diburu polis di tempat kerja mereka menerusi Ops Warta bermula, Isnin ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, operasi mengesan pesalah trafik yang ingkar membayar saman serta mengumpul tiga waran itu akan dimulakan pada 18 Mei sehingga penghujung bulan ini.

Katanya, kesemua pesalah itu akan dikesan melalui tiga saluran termasuk mengesan mereka di tempat kerja, sekatan jalan raya dan di lokasi-lakasi yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam dalam tempoh operasi berkenaan.

“Sehubungan itu, kami menasihatkan kepada orang ramai supaya hadir ke balai atau kaunter-kaunter trafik yang dibuka di daerah masing-masing untuk mengetahui status atau menyemak saman serta waran tangkap mereka.

“Kaunter akan dibuka sehingga jam 8 malam bagi memberi peluang kepada pesalah untuk menyelesaikan waran sebelum mereka dikenakan tindakan yang lebih tegas,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.

Jawatan itu sebelum ini disandang Asisten Komisioner, Lai Yong Heng yang kini bersara dan kemudian dipangku Superintendan Aziz Hassan sebelum perlantikan Asisten Komisioner, Ahmad Taufek Abdullah. Ahmad Taufek pernah berkhidmat di Sabah dan berpengalaman selama 20 tahun bertugas bersama JSJ.

Mazlan berkata, sehingga hari ini, 2,044 pengguna jalan raya di Kelantan memiliki waran tangkap dengan 389 daripadanya memiliki dua waran dan 1,217 masing-masing satu waran sementara selebihnya tiga waran.

“Bagi yang memiliki satu dan dua waran kami masih memberi pelung untuk mereka menyelesaikan saman dan waran berkenaan, tetapi bagi operasi kali ini, pesalah yang memiliki tiga waran menjadi sasaran yang akan diburu di mana-mana sahaja mereka berada kecuali ketika di rumah,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger