Home » » Bapa rogol anak guna jari dibebaskan

Bapa rogol anak guna jari dibebaskan

Written By Berita Setiap Hari on Friday 15 May 2015 | 18:46


Sibu - Mahkamah Rayuan Kuching membebaskan Bunya Jalong daripada tuduhan merogol anak sendiri kerana hanya kemasukan jarinya yang berlumur air mani dan bukannya penetrasi zakar.
Tertuduh, 60 tahun dibebaskan daripada hukuman asalnya selepas mahkamah rayuan mendapati empat sabitan kes rogolnya ‘tidak kukuh’, Khamis minggu lalu.
Berikutan itu, ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut yang membuktikan undang-undang sivil kini tidak mampu membela mangsa.
Pada 2013, dia didapati bersalah merogol anaknya berusia 15 tahun pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu. Mangsa mengandung dan melahirkan anak di Hospital Sibu pada 5 Februari 2012.
Walaupun ujian DNA membuktikan bahawa Bunya merupakan bapa kepada anak mangsa, kerana ketiadaan penetrasi zakar ke dalam faraj menjadikan perbuatan itu bukan rogol.
Kes ini turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang berpendapat undang-undang seksual perlu dipinda segera bagi mengikut perkembangan masyarakat masa kini.
Nancy juga berharap agar agensi-agensi berkaitan mengkaji semula peruntukan undang-undang termasuk mengklasifikasikan semula pengertian rogol dan juga bahan lucah termasuk pornografi kanak-kanak.
“Sekiranya agensi gagal untuk menyelaras, ramai orang dewasa yang tidak bertanggungjawab akan berjaya melepaskan diri dengan menggunakan kelemahan dalam undang-undang.
“Secara peribadi, saya berasa sangat sedih apabila mendengar keputusan mahkamah yang membebaskan perogol yang merogol mangsa bawah umur. Sudah tiba masanya tindakan pindaan dibuat,” katanya, lapor Sarawakiana.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger