Mat Taib luah kecewa dengan Pas
Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 23 May 2015 | 16:53
PETALING JAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan Pas dan perkara itu hanya akan dimuktamadkan pada Muktamar Jun ini.
Katanya, tindakan itu berpunca daripada rasa kecewanya kepada Pas, yang mana parti itu kini dilihat seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.
Katanya, ini berbeza dengan pendekatan yang pernah diambil bekas Mursyidul Am mereka, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
"Allahyarham Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.
"Kita mahukan seorang tokoh alim seperti Allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ini lain. Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu," katanya di Forum 'Mencari Pemimpin Baru Malaysia' di Dewan Sivik MBPJ hari ini.
Sebelum ini, kata Muhammad , beliau sangat berminat dengan Pas dek kerana pendekatan Allahyarham Tok Guru.
"Sekarang dah tak minat sangat dah," ujarnya.
Tambah Muhammad lagi, faktor itu juga telah menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar meninggalkan Pas tahun lalu.
"Sahabat saya Tamrin dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (Pas sekarang) mengarut. Tapi saya bertahan lagi.
"Tengok bulan enam (Jun) ni macam mana," katanya.
Muktamar tahunan Pas yang dijadual bulan Jun ini akan menyaksikan pemilihan parti itu membabitkan semua peringkat pimpinan, termasuk presiden.
Share this article :
Related Articles
- Pemandu lori ancam bunuh PMX dipenjara 6 bulan
- Terkini ‘Najib bebas, tunggu Lembaga Pengampunan’
- Lokman Adam kena 2 pertuduhan buat hantaran jelik terhadap PM
- Pas tidak akan tinggalkan Bersatu – Tuan Ibrahim
- Musuh Islam cuba hapuskan kesedaran berpolitik golongan muda Melayu – Hadi
- PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding sembilan kerusi Parlimen, 35 DUN
Labels:
Politik