Home » » Parah dibelasah enggan buka premis karaoke

Parah dibelasah enggan buka premis karaoke

Written By Berita Setiap Hari on Monday 25 May 2015 | 19:58


KUALA TERENGGANU - Hanya kerana enggan membuka premis karaoke seperti mana yang diarahkan pelanggan disebabkan faktor malam Jumaat, seorang remaja lelaki parah dibelasah tiga lelaki, dalam satu kejadian di Bukit Keluang, Besut, Khamis lalu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11.50 malam, mangsa berusia 17 tahun terpaksa menanggung kesakitan seluruh badan selepas dipercayai disepak, ditumbuk dan dipijak di kepala oleh ketiga-tiga suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa yang melepak di hadapan pusat karaoke itu dikatakan dihampiri tiga lelaki yang mana salah seorang daripadanya dikenali.

“Suspek  dikenali itu mengarahkan agar mangsa buka premis itu, namun mangsa tidak mahu dan menjelaskan majikannya mengarahkan agar tidak menjalankan urus niaga setiap malam Jumaat.

“Keengganan mangsa menyebabkan ketiga-tiga suspek naik angin sebelum salah seorang daripadanya terus menyepak dan menumbuk mangsa serta dalam masa sama mengarahkan agar mangsa meniarap di atas jalan raya,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, dengan marah, seorang suspek mengeluarkan kata-kata ‘aku benci keturunan mu’ sebelum menyuruh mangsa melarikan diri dengan memberi tempoh selama lima minit sahaja.

“Ketiga-tiga suspek bertindak kejam apabila tergamak mengugut akan belasah mangsa sekiranya berdegil tidak mahu melarikan diri dalam tempoh lima minit itu.

“Disebabkan terlalu takut, meskipun terpaksa menahan kesakitan mangsa menggagahkan dirinya meninggalkan lokasi itu menuju ke institusi perguruan berhampiran sebelum ke Hospital Jertih bagi mendapatkan rawatan” katanya.

Jelasnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek bertindak menyepak, menumbuk, memijak kepala sebelum mengarahkan mangsa meninggalkan lokasi bukan hanya kerana marahkan mangsa atas alasan tidak mahu membuka pusat karaoke seperti yang diarahkan.

“Tapi, siasatan awal mendapati kejadian ini sedikit sebanyak berpunca daripada dendam lama yang melibatkan keluarga salah seorang suspek bersama mangsa,” jelasnya.

Tambah Wan Abd Aziz, kesemua suspek kini sudah dikenal pasti dan berjaya dikesan untuk tindakan susulan.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.






PROMOSI ASTRO NJOY
SIAP PASANG RM263 harga asal rm400 lebih
*Tiada kontrek
*Tiada Yuran Bulanan
*Promosi Terhad 30 Pelanggang terawal sahaja
Nikmati 25 saluran TV & 20 saluran radio percuma.
Njoi adalah servis TV satelit percuma. Dunia hiburan, pembelajaran dan informasi
cepat daftar selagi stok masih ada
whatsapp CAL ke no - 01129206584
****SET DERCODER RECOND
(untuk pemasangan dalan negeri terengganu sahaja)

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger