Home » » Pelajar Britain lemas di Pulau Perhentian

Pelajar Britain lemas di Pulau Perhentian

Written By Berita Setiap Hari on Monday 25 May 2015 | 18:54


BESUT - Seorang pelajar dari Universiti Nottingham Ningbo, China dijumpai lemas ketika sedang melakukan kegiatan bersnorkel di Shark Point Pulau Perhentian di sini kira-kira jam 11.00 pagi tadi.
 
Mangsa yang berasal dari Shoreham Britain itu dikenali sebagai Jake Samuel Andrews, 21, yang tiba di pulau peranginan berkenaan petang semalam.
 
Mengikut laporan awal dari rakan-rakannya yang seramai enam orang termasuk seorang wanita itu mereka pergi ke Shark Point dengan sebuah bot bersama pelancong-pelancong kumpulan lain kira-kira jam 10.00 pagi untuk bersnorkel.
 
Kehilangan mangsa disedari sejam kemudian ketika rakan-rakannya naik semula ke atas bot untuk pulang apabila menyedari mangsa tidak ada bersama mereka.
 
Salah seorang daripada rakan itu telah menyelam untuk mencari mangsa dan berjaya menemuinya tenggelam di dasar kawasan kira-kira 10 meter dari bot penumpang berlabuh.
 
Mangsa dibawa ke klinik kesihatan pulau itu tetapi disahkan telah mati.    

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan kejadian itu dan masih menyiasat punca mangsa lemas. - Bernama






PROMOSI ASTRO NJOY
SIAP PASANG RM263 harga asal rm400 lebih
*Tiada kontrek
*Tiada Yuran Bulanan
*Promosi Terhad 30 Pelanggang terawal sahaja
Nikmati 25 saluran TV & 20 saluran radio percuma.
Njoi adalah servis TV satelit percuma. Dunia hiburan, pembelajaran dan informasi
cepat daftar selagi stok masih ada
whatsapp CAL ke no - 01129206584
****SET DERCODER RECOND
(untuk pemasangan dalan negeri terengganu sahaja)

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger