Home » » Lelaki ditahan bersama dua senapang patah

Lelaki ditahan bersama dua senapang patah

Written By Berita Setiap Hari on Monday 25 May 2015 | 18:31


BESUT - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dua laras senapang patah buatan sendiri bersama 14 butir peluru di kawasan sawah padi Kampung Pak Wong dekat Jertih, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata suspek ditahan sepasukan polis dari Pasukan Khas Scorpion Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pukul 10.30 malam.
(GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN)
Katanya sebelum itu pasukan itu yang terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut dan terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback dalam keadaan mencurigakan di kawasan jalan sawah padi di kampung tersebut.

“Polis menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan namun salah seorang lelaki telah melarikan diri ke dalam kawasan sawah padi sebaik menyedari kehadiran polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, polis dapat memberkas seorang lagi dipercayai rakan suspek yang berada di dalam kereta tersebut.

Khaled berkata polis yang menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui dua laras senapang patah dipercayai buatan sendiri di dalam but kereta terbabit.

Menurutnya pemeriksaan lanjut turut menemui lapan peluru penabur senapang patah pelbagai jenis di dalam satu uncang kain di dalam kereta dan enam biji bebola besi juga disyaki peluru di bawah tempat duduk.

“Polis telah menahan suspek berumur 27 tahun yang bekerja sebagai pemandu jentera berat berasal dari sebuah kampung di Besut untuk membantu siasatan dan merampas senapang dan peluru terbabit.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi IPD Besut di talian 09-6956222 atau menghubungi Asisten Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim di sambungan 5915. - Bernama







 PROMOSI ASTRO NJOY
SIAP PASANG RM263 harga asal rm400 lebih
*Tiada kontrek
*Tiada Yuran Bulanan
*Promosi Terhad 30 Pelanggang terawal sahaja
Nikmati 25 saluran TV & 20 saluran radio percuma.
Njoi adalah servis TV satelit percuma. Dunia hiburan, pembelajaran dan informasi
cepat daftar selagi stok masih ada
whatsapp CAL ke no - 01129206584
****SET DERCODER RECOND
(untuk pemasangan dalan negeri terengganu sahaja)

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger