Home » » Penyamun ucap terima kasih kepada mangsa

Penyamun ucap terima kasih kepada mangsa

Written By Berita Setiap Hari on Monday 11 May 2015 | 22:41


KOTA BHARU - Sekumpulan penyamun sempat mengucapkan terima kasih kepada mangsa kerana tidak melawan sebelum meninggalkan kediaman  suri rumah dalam kejadian di Taman Tengku Ahmad Rithaudeen, Melor di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua suspek memakai topeng dan salah seorang darinya membawa parang bertindak mengacukan senjata itu kepada mangsa sebelum membawa  lari wang tunai RM 2200.

Ketika kejadian, mangsa, berusia 25 tahun ‎itu sedang tidur dan hanya tinggal bersama  tiga anaknya yang masih kecil, manakala suaminya berada di Kuala Lumpur bagi menyambung pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

"Suspek terbabit mengarahkan mangsa serahkan barangan berharga, manakala dua lagi lelaki masuk ke dalam bilik mangsa dengan mengeledah biliknya dan berjaya melarikan kesemua barangan milik mangsa.

Sementara itu‎ Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan kejadian berkata, suspek dipercayai memotong pagar kerawat sebelum memotong jeriji besi yang terdapat di luar pintu utama kediaman itu sebelum masuk ke rumah mangsa.

"Mangsa‎ yang diacukan parang tidak melawan mahupun menjerit dan tidak mengalami sebarang kecederaan,"katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa kehilangan komputer riba jenama Acer, dua utas rantai emas, dua pasang subang emas, dua utas rantai tangan emas, tiga bentuk loket emas dan empat bentuk cincin.

"Nliai kesemuanya berjumlah RM5000, mangsa turut kehilangan wang tunai RM2200 kad pengenalan, kad-kad bank, telefon jenama Samsung S Mini 3, dan Samsung 5202 dan anggaran kerugian bernilai RM8,000.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit dan turut mengesan suspek yang terlibat,"katanya.

Sementara itu Sinar Harian cuba mendapatkan mangsa namun gagal ekoran mangsa tiada di rumah.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger