Home » » Temui ajal ketika tebang buluh

Temui ajal ketika tebang buluh

Written By Gaha Belako on Friday, 9 October 2015 | 21:49


BESUT - Seorang wanita warga emas terpaksa berjalan kaki kira-kira dua kilometer untuk meminta bantuan penduduk kampung selepas suaminya rebah dan meninggal dunia ketika menebang buluh di tepi sebuah ladang kelapa sawit Kampung Padang Buluh, Hulu Besut, di sini, kelmarin.

Wanita terbabit, Noriah Ali, 55, terpaksa berjalan kaki sejauh itu  kerana tidak pandai  memandu kereta yang dibawa suaminya ke tempat kejadian, sebelum tiba di kawasan penempatan yang terdekat.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 pagi, Noriah bersama suaminya,  Ismail Mahmud, 58, bergerak dari rumahnya di Kampung Kayu Kelat, Hulu Besut untuk  ke tempat kejadian dengan sebuah kereta  bagi tujuan menebang buluh untuk membuat pencucuk sate.

Menurut Noriah, sebelum tiba di tempat kejadian, mereka sempat singgah membeli nasi bungkus  di Kampung Gong Duek dan kemudian meneruskan perjalanan ke tempat kejadian.

“Setelah menebang kira-kira tiga batang buluh di tepi sungai berhampiran kebun kelapa sawit, kira-kira jam 12 tengah hari, tiba-tiba suami saya terjatuh dan terus tidak sedarkan diri.

“Saya dapati dia sudah tidak bergerak dan tidak bernyawa, kemudian saya ambil keputusan keluar berjalan kaki untuk mendapatkan bantuan daripada penduduk terdekat, kira-kira dua kilometer daripada tempat kejadian,” katanya.

Noriah berkata, orang awam kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis tidak lama selepas itu.

Menurutnya lagi, suaminya disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

“Kejadian itu amat mengejutkan saya kerana suami tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, walaupun sebelum ini dia memang mempunyai masalah jantung.

“Kami mencari buluh untuk membuat pencucuk sate yang akan dijual  di pasar malam pekan Pasir Akar pada malam kejadian,” katanya yang berniaga di pasar malam sekitar Hulu Besut dan mempunyai tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian tersebut.

Khaled berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

“Siasatan pihak polis turut mendapati punca kematian mangsa  tidak ada kaitan dengan unsur jenayah ataupun khianat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kata Khaled lagi, mayat mangsa kemudian dituntut  keluarga untuk dikebumikan.
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger