Home » » Hendak jalan kaki tiada

Hendak jalan kaki tiada

Written By Gaha Belako on Saturday, 31 December 2016 | 17:09


Subang Jaya: “Saya tidak berupaya membuat pemeriksaan kesihatan secara berjadual sejak mengandung tujuh bulan lalu berikutan tiada kaki untuk berjalan,” luah Siti Fatimah Md Nor, 27.

Siti Fatimah yang kudung kedua-dua belah kaki sejak dilahirkan berdepan masalah pengangkutan dan kewangan yang menyukarkan hidupnya dan suami.

Ketika ditemui wartawan Harian Metro di kediamannya di Seksyen U5, Subang Bestari, di sini, Siti Fatimah dan suaminya, Mohd Nazri Izwani, 23, jelas hidup dalam keadaan penuh daif.

Pasangan itu hanya menyewa bilik di tingkat dua sebuah rumah kedai yang diubah menggunakan papan lapis menempatkan dua tilam tanpa katil, sebuah televisyen dan sebuah laci empat tingkat yang digunakan untuk menyimpan baju serta kipas.

Fatimah berkata, walaupun mempunyai kerusi roda namun dia sukar bergerak memandangkan bilik yang disewa mereka berada di tingkat atas.
-hmetro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger