Home » , » Lelaki didakwa rogol, liwat dua anak saudara

Lelaki didakwa rogol, liwat dua anak saudara

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 22 December 2016 | 15:44


KOTA BHARU - Seorang pegawai operasi sebuah hospital mengaku tidak salah di mahkamah tinggi, di sini, semalam, atas dua pertuduhan meliwat dan merogol dua anak saudara perempuannya.

Kedua-dua tuduhan terhadap lelaki berusia 31 tahun itu dibuat di hadapan hakim Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa meliwat seorang anak saudara berusia 11 tahun dua bulan di sebuah rumah di Jalan Bayam, di sini, pada jam 9 malam, Februari lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pada dakwaan kedua, dia didakwa merogol seorang lagi anak saudaranya berusia 15 tahun enam bulan di sebuah rumah di Jalan Bukit Marak, di sini, pada jam 7.45 malam, Jun lalu.

Bagi kesalahan ini dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Pada prosiding itu, lelaki berkenaan menangis merayu Mohd Yusoff membebaskannya dengan jaminan dengan alasan perlu bekerja dan menanggung kedua ibu bapanya.

Mohd Yusoff bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh dikenakan jaminan dan dia kembali tenang sebelum prosiding berjalan seperti biasa untuk pendengaran pertuduhan kedua yang dihadapinya.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya, Siti Hajar Alias dan tertuduh diwakili peguam Mohd Firdaus Mohd Yusoff.

Kes ditetapkan pada 29 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger