Home » , » Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan

Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan

Written By Gaha Belako on Thursday, 22 December 2016 | 15:41


HULU TERENGGANU - Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan awal pagi tadi, di daerah ini melibatkan seorang penunggang motosikal  berusia 20 tahun dan pemandu Perodua Viva berumur 26 tahun.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata kejadian pertama berlaku di Kilometer 11 Jalan Mengkawang-Tersat di Kampung Menerong kira-kira jam 1.30 pagi tadi melibatkan mangsa, Muhammad Radzlan Mohd Samsudin.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa yang datang dari pos keselamatan kampung terletak di Kampung Gunung menghala ke rumah di Kampung Menerong terlanggar seekor kerbau berada atas jalan.

“Ekoran daripada itu, mangsa yang tidak bekerja dibawa ke Hospital  Hulu Terengganu oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan oleh pegawai perubatan,” katanya.

Tambah Mohd Adli, kejadian kedua berlaku sekitar jam 7 pagi tadi di Kilometer 380 LPT II Ajil-Bukit Besi setelah kereta dipandu Mohd Hanapi Mohammad merempuh bahagian belakang sebuah lori lima tan.

Katanya, mangsa berasal daripada Kampung Pengkalan atap Batu Rakit yang berkerja di Kerteh meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari rumah untuk ke tempat kerja dan sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang  turut dari arah sama.

“Kereta dipandu mangsa kemudiannya terbabas ke sebelah kiri jalan. Mangsa pemandu kereta di bawa ke Hospital Hulu Terengganu dan disahkan meninggal dunia manakala punca kematian ialah Alleged Motor Vehicle Accident With Polytrauma.

"Ujian air kencing turut dijalankan dan hasil ujian adalah negatif manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akata Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu lori berusia 60 dari Kuala Terengganu tidak alami sebarang kecederaan,” ujarnya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger