Home » , » Lelaki mati tergantung di jambatan lebuh raya

Lelaki mati tergantung di jambatan lebuh raya

Written By Gaha Belako on Sunday, 18 December 2016 | 16:27


JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan terjerut leher dan tergantung di titi Jambatan lebuh raya Persisiran Perling berhampiran dengan sebuah stesen minyak, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Muhammad ditemukan orang ramai yang melalui kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu beralamat di Kampung Teluk Serdang, Taman Perling, di sini.

“Mangsa didapati membunuh diri dengan cara berbaring di atas palang besi jambatan kemudian menjerut lehernya dengan tali yang digantung dengan batu blok.

“Pemeriksaan di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang senjata atau apa-apa yang boleh dikaitkan unsur jenayah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Taib berkata, mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah , di sini, untuk bedah siasat.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger