Home » » Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat

Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat

Written By Gaha Belako on Saturday, 31 December 2016 | 15:03


KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatat peningkatan 1,261 orang menjadikan jumlah terkini yang dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah 3,292 mangsa berbanding 2,031 pada pukul 6 petang tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 10 malam ini, terdapat 10 pusat pemindahan baharu dibuka menjadikan jumlah keseluruhan 43 di enam daerah negeri itu.

Pemangku Pengarah JKM Terengganu, Rusmi Mahmood berkata, sehingga kini sejumlah 993 keluarga terjejas akibat banjir yang mula melanda negeri itu awal pagi tadi.

"Hulu Terengganu adalah daerah yang paling terjejas di mana 1,936 mangsa daripada 666 keluarga telah dipindahkan ke 21 pusat penempatan sementara yang disediakan.

"Ini diikuti daerah Marang (395 mangsa daripada 99 keluarga), Kemaman (380 mangsa daripada 84 keluarga), Besut (282 mangsa daripada 69 keluarga), Setiu (217 mangsa daripada 56 keluarga) dan Dungun (82 mangsa daripada 19 keluarga)," katanya kepada Bernama. - Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger