Home » » NAJIB RAZAK LEBIH ‘TRENDING’ BERBANDING TIGA BEKAS PEMIMPIN UMNO LAIN

NAJIB RAZAK LEBIH ‘TRENDING’ BERBANDING TIGA BEKAS PEMIMPIN UMNO LAIN

Written By Gaha Belako on Saturday, 31 December 2016 | 17:34



KEGILAAN pakatan pembangkang menggunakan medium media sosial sebagai salah satu mekanisme mengukur tahap sokongan terhadap rakyat adalah amat ketara sekali.


Disebabkan rata-rata pengguna media sosial lebih kepada mereka yang mudah mempercayai perkara viral, maka pembangkang mengambil kesempatan ini untuk menjadikan platform media tersebut untuk menyebarluaskan keburukan Kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Tidak cukup dengan itu, pembangkang turut mengambil kaedah undi dalam talian sebagai salah satu kayu ukur yang bagi mereka perlu diiktiraf setinggi sistem demokrasi yang diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia ini

Mungkin juga pembangkang di negara kita mahu mengiktiraf undi secara atas talian ini sebagai mekanisme yang harus digunapakai dalam melayan suara majoriti.

Baiklah, jika pembangkang mahu sangat untuk menilai dan mengukur kekuatan dan sokongan sesebuah ideologi masyarakat itu melalui media maya, apa kata kita menelusuri fakta terhadap populariti pemimpin politik di Malaysia.
Menurut data yang diperoleh google.com di negara kita, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencatatkan graf yang amat tinggi dan konsisten untuk plot pemimpin politik paling popular dan menjadi trending di Malaysia.

Data sejak Januari hingga ke Disember 2016 itu menunjukkan, Presiden Umno itu berterusan menjadi pilihan ramai pengguna media maya berbanding tiga lagi bekas pemimpin Umno yang lain.

Tiga pemimpin berkenaan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, dan dua bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sepanjang tahun ini, dicatatkan Najib Razak hanya ‘dikalahkan’ sedikit sahaja oleh Dr Mahathir sebanyak 6 kali, iaitu pada awal Mac, hujung Jun, pertengahan Julai, awal Ogos, awal September dan pertengahan November 2016.

Namun, rata-rata di 6 kali Dr Mahathir ‘lebih popular’ berbanding Najib Razak itu hanyalah melibatkan jurang angka yang terlalu tipis dan tidak memberi impak ketara.

Data berkenaan juga menunjukkan, antara sebab mengapa graf populariti Najib Razak konsisten dan sentiasa menandinggi para pemimpin politik lain adalah kerana khidmat baktinya terhadap rakyat melalui usaha-usaha dan inisiatif kerajaan selama ini.

Manakala di 6 tempat atau ketika yang mencatatkan Dr Mahathir berjaya lebih popular berbanding Najib Razak itu pula adalah disebabkan tindakan-tindakan ‘cemasnya’ seperti bertindak keluar dari Umno, menganjurkan Deklarasi Mahathir, penubuhan PPBM, bertemu dengan Anwar Ibrahim, bertindak menyaman Najib Razak dan berkaitan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Data google.com juga memberi gambaran jelas secara purata bahawa, populariti Najib Razak sepanjang 2016 ini sebanyak 43 mata, diikuti Dr Mahathir sebanyak 34 mata, dan dua lagi bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Anwar serta Muhyiddin masing-masing hanya 4 mata diperoleh.


Malah, Najib Razak juga mencatatkan peningkatan paling tinggi di sekurang-kurangnya 10 kali dalam tahun ini berbanding Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad.

Inilah antara data yang tepat dan sukar untuk dipersoalkan kerana ia merupakan kaedah seluruh dunia dengan data yang cukup teliti serta menyeluruh.

Sekiranya pihak pembangkang masih mahu ‘mengajak’ untuk berlawan undi di alam maya, maka lihatlah dahulu hakikat sebenar apa yang sedang berlaku di internet melalui data-data berkenaan.

Setakat mengukur sesuatu perkara dari media sosial, ia suatu tindakan dangkal dan kebudak-budakkan, melainkan menggunakan data lebih besar dan menyeluruh sebegini, sekali gus ia juga dapat mewakili kesemua pilihan aplikasi yang ada dalam dunia maya. –Tv14
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger