Home » , » Dua selamat lori ais terbalik

Dua selamat lori ais terbalik

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 1 January 2017 | 21:15


BESUT - Pemandu dan kelindan lori sebuah syarikat air batu cemas apabila kenderaan dipandunya tiba-tiba terbalik ketika meredah hujan lebat, di sini, pagi semalam.

Mangsa, Mohd Zaidi Zakaria, 40, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi dan ketika itu hujan lebat hingga air memenuhi jalan menyebabkan dia sukar melihat permukaan jalan.

Menurutnya, tiba-tiba tayar hadapan sebelah kiri lori termasuk ke dalam lubang berhampiran bahu jalan yang menghubung ke sebuah taman perumahan, menyebabkan kenderaan itu terus terbalik.

“Saya terkejut kerana ia berlaku begitu cepat menyebabkan saya terjatuh menimpa kelindan.

“Kami segera memanjat keluar melalui pintu sebelah pemandu. Ketika itu paras air di tepi jalan hampir paras paha. Saya bersyukur kerana tidak cedera, begitu juga dengan rakan saya,” katanya yang ketika itu dalam perjalanan untuk menghantar air batu di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Suhaimi Awang berkata, semua enam pusat pemindahan di daerah ini sudah ditutup secara berperingkat bermula di SK Kampung La pada jam 7 pagi sehinggalah ke Surau Kampung Seberang La.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger