Home » » Cikgu mogok, polis ganti jadi cikgu

Cikgu mogok, polis ganti jadi cikgu

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 27 September 2018 | 21:52


Jakarta: Anggota polis di Blitar, Jawa Timur, Indonesia terpaksa mengambil alih tugas mengajar di sekolah bagi menggantikan guru yang tidak hadir kerana menyertai protes sejak Isnin lalu.

Jakarta Post melaporkan, 150 anggota yang ditugaskan mengajar murid di sekolah rendah dan menengah rendah di seluruh 16 daerah di Blitar.

Ketua polis Blitar, komrad kanan Anisullah M Ridha yang dipetik Kompas.com berkata, langkah itu inisiatif mereka untuk membantu masyarakat.

“Arahan kami ialah untuk membantu komuniti dalam apa jua cara. Memandangkan tiada guru di sekolah, kami boleh (mengajar murid).

“Terdapat lima hingga enam sekolah di setiap daerah,” katanya.
Menurutnya, segelintir daripada anggota polis itu mengajar subjek tertentu mengikut kemahiran mereka, manakala selebihnya hanya mengajar secara umum.

“Mereka yang tidak ada pengetahuan berkaitan subjek tertentu hanya mengajar pengetahuan am contohnya bagaimana ingin mengenal pasti berita palsu,” katanya.

Sementara itu, Kompas melaporkan ratusan guru melakukan demonstrasi dengan berhimpun di hadapan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kabupaten Blitar.

Demonstrasi disertai guru itu dijangka berakhir esok.

Semua polis yang mengajar di sekolah itu adalah mereka yang tidak ditugaskan untuk menjaga keselamatan sepanjang demonstrasi berkenaan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger