Siti Kasim masih tunggu peguam negara jawab kelayakan Anwar bertanding
Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 27 September 2018 | 07:39
PETALING JAYA: Seorang peguam yang menulis kepada peguam negara meminta penjelasan tentang kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pilihan raya berkata dia belum menerima sebarang jawapan.
Minggu lepas, peguam Siti Zabedah Kasim menggesa Tommy Thomas menyatakan sama ada pembebasan Anwar pada Mei lepas kerana hukuman penjara 5 tahunnya dikurangkan atau kerana diampunkan Agong atas saranan Lembaga Parol.
Siti berkata dia masih belum menerima jawapan daripada peguam negara atau Suruhanjaya Pilihan Raya. Peguam ini antara pengkritik keputusan Anwar bertanding di Port Dickson, yang dikosongkan oleh penyandang Datuk Danyal Balagopal Abdullah 4 bulan selepas memenanginya.
“Saya harap mereka boleh perjelaskan perkara itu sebelum penamaan, memandangkan implikasi perkara ini. Mereka perlu terangkan adakah hukumannya dikurangkan atau diampunkan,” katanya.
Hari penamaan pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson, yang digunakan oleh Anwar untuk kembali ke Parlimen, ditetapkan pada Sabtu.
Siti tidak dapat mengesan kandungan penuh dokumen yang ditandatangani Agong yang membolehkan Anwar dibebaskan pada 16 Mei, seminggu selepas pilihan raya umum.
Beliau berkata tiada masalah jika benar Agong mengampunkan Anwar kerana itu adalah kuasanya.
“Sepatutnya tak sukar untuk menjelaskan perkara ini,” katanya.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada 2015 selepas dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pakatan Harapan berjanji melantiknya menjadi perdana menteri, dan berkempen untuk mendapatkan pengampunan diraja agar dia boleh kembali berpolitik.
Perlembagaan memberikan kuasa pengampuran kepada Agong atas saranan Lembaga Parol.
--fmt--
Share this article :
Related Articles
- Lokman Adam kena 2 pertuduhan buat hantaran jelik terhadap PM
- Pas tidak akan tinggalkan Bersatu – Tuan Ibrahim
- Musuh Islam cuba hapuskan kesedaran berpolitik golongan muda Melayu – Hadi
- PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding sembilan kerusi Parlimen, 35 DUN
- Miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding kadar nasional
- Dakwa tak faham, Awang minta Tiong berhenti menggulung
Labels:
Politik