Bekas
peguam negara Mohamed Apandi Ali menuduh Gopal Sri Ram pernah cuba
memujuknya untuk menangkap perdana menteri ketika itu, Najib Razak.
Pada
hantaran di Facebooknya hari ini, Apandi mendakwa Sri Ram, mantan hakim
mahkamah persekutuan itu, telah berkunjung ke rumahnya pada Januari
2018, dikatakan atas arahan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Apandi
berkata Gopal, ditemani oleh seorang peguam muda keturunan Cina, telah
datang ke rumahnya dengan alasan untuk mendapatkan pertolongannya
mengenai perkara tertentu.
"Kemudian tiba-tiba, katanya, itu hanya alasan untuk bertemu saya dan dia mempunyai agenda yang lebih besar.
"(Sri Ram dikatakan menyebut:) Tun M hantar saya untuk bertemu anda."
"(Sri
Ram juga didakwa berkata:) Beliau mahu anda menangkap Najib di
pejabatnya, anda pergi esok jam 2 petang, kami telah mengatur supaya
polis di Putrajaya melakukan apa yang perlu atas arahan anda.
"Kami juga telah mengatur supaya majistret mengeluarkan perintah reman ketika beliau (Najib) dibawa ke hadapannya.
Apandi
selanjutnya mendakwa Sri Ram memberitahunya bahawa beliau akan menjadi
wira di mata rakyat dan juga menjadi peguam negara pertama menangkap
seorang yang sedang menjadi perdana menteri di Malaysia.
Kata Apandi lagi, beliau telah bertanya Sri Ram atas alasan apa Najib hendak ditangkap.
"(Sri
Ram didakwa berkata:) Saudara, rakyat di luar sana merasa kecewa dan
tidak gembira, hakikat bahawa anda menangkapnya, tidak kira alasannya,
akan membuatkan rakyat berbahagia."
Menurut Apandi, beliau mempunyai bukti berupa rakaman CCTV dan saksi mata mengenai kunjungan tersebut.
Kejadian
yang didakwa itu berlaku empat bulan sebelum BN dikalahkan pada Pilihan
Raya Umum ke-14 dan PH menjadi kerajaan baru ketika itu.
Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Sri Ram untuk mendapatkan penjelasan.
Najib dikaitkan dengan dakwaan pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB.
Selepas
kerajaan BN tumbang pada PRU14, Najib disiasat dan kemudiannya
dihadapkan dengan 25 tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram
berkaitan dengan dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion.
Ahli
Parlimen Pekan itu antara lainnya juga didakwa dengan tujuh tuduhan
penyalahgunaan kuasa, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram
sebanyak RM42 juta dana daripada SRC International, antara tuduhan lain.
Perbicaraan
terhadap Najib kerana didakwa menyelewengkan dana daripada SRC
International Sdn Bhd akan berakhir bulan depan.--mkini
Apandi dakwa dipujuk Sri Ram untuk tangkap Najib pada Jan 2018
Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 10 June 2020 | 15:37
Share this article :
Related Articles
- Musuh Islam cuba hapuskan kesedaran berpolitik golongan muda Melayu – Hadi
- PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding sembilan kerusi Parlimen, 35 DUN
- Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah
- Lima tahun tak ambil gaji
- Indeks Persepsi Rasuah 2023: Malaysia naik ke tangga 50
- Shahir berdebar ijab kabul esok