Naib presiden Warisan jangka dituduh di Mahkamah KK hari ini
Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 10 June 2020 | 15:42
Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Peter Anthony dijangka dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini
Perkara itu disahkan oleh Peter yang memaklumkan pertuduhan mungkin berhubung pengubahan wang haram melibatkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) antara 2012 dan 2013.
"Esok saya akan berada di mahkamah dan saya tidak ada masalah dengan perkara (tuduhan) itu," katanya kepada pemberita pada hari kedua hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.
Terdahulu Peter tiba di pejabat SPRM Sabah pada 2.45 petang dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.
Semalam beliau berada di pejabat suruhanjaya itu selama kira-kira tujuh jam.
- Bernama
Share this article :
Related Articles
- Tebus baucar Perlindungan Tenang RM75 mulai hari ini
- PRNJohor: ‘Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang’
- 'Tiada sekatan pada kanak-kanak tak divaksin'
- Harap keluarga Dr Mahathir tabah - PM
- Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
- Kakak Bella direman kerana isu 'live' di TikTok