Monday, 29 January 2024

Indeks Persepsi Rasuah 2023: Malaysia naik ke tangga 50

 


 

PETALING JAYA - Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 yang dikeluarkan Transparency International (TI) mencatatkan peningkatan kepada tangga 50 daripada keseluruhan 180 negara.

 Presiden TI-Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, daripada skor 47 mata pada 2022, skor negara telah meningkat kepada tiga mata setelah jatuh enam mata dalam tempoh tiga tahun lalu sejak 2019. - sinar