Home » » 2 suspek diburu dalam Ops Api

2 suspek diburu dalam Ops Api

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 17 December 2013 | 17:35


BACHOK - Pihak polis melancarkan Ops Api untuk mengesan dua suspek yang melepaskan diri apabila rumahnya diserbu sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Bachok pada jam 2.15 petang semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pasukan itu dalam operasi untuk menyerbu lokasi penagih dadah berhampiran rumah tersebut yang terletak di Beris Kubur Besar.

Katanya, ketika menghampiri lokasi,  seorang lelaki Melayu yang berada di depan rumah itu melarikan diri masuk ke dalam rumah.

“Anggota kami mengesyaki sesuatu apabila terdengar pintu belakang rumah dibuka. Mereka pergi ke belakang rumah dan mendapati dua lelaki lari diri  ke dalam semak belakang rumah.

“Salah seorang suspek kemudian melepas satu das tembakan dan terkena dinding rumah. Suspek yang melepaskan tembakan itu disyaki seorang penjenayah,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di rumah itu menemui tiga butir peluru jenis 0.38 dalam laci meja, lesen memandu dan dua buah motosikal Yamaha.

“Ops Api dilancarkan meliputi kawasan Pengkalan Che Kassim dan  sekitar Pauh Sembilan Bachok," kata Jalaluddin.

Operasi tersebut diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Risikan dan Operasi, Superintendan Zainol Samah, dibantu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Amran Ramli bersama sekumpulan anggota dari IPD Bachok, IPK, Unit K9 bersama seekor anjing pengesan.
--Sinar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger