Home » » Faekah keluar PKR, hilang kepercayaan kepada parti

Faekah keluar PKR, hilang kepercayaan kepada parti

Written By Berita Setiap Hari on Monday 11 August 2014 | 03:55


SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu diambil kerana pihaknya telah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu yang berbangkit dari kedudukan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Menteri Besar jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuang oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Surat keluar parti dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kira-kira pukul 4 petang ini.

Faekah sebelum ini yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar lantang dalam mempertahankan setiap polisi yang dibawa oleh pentadbiran Abdul Khalid. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz3A50T3223
Hakcipta terpelihara
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger