Home » » MUTAKHIR: PAS Selangor beri tempoh 24 jam untuk 2 ADUN Pengkhianat ubah pendirian

MUTAKHIR: PAS Selangor beri tempoh 24 jam untuk 2 ADUN Pengkhianat ubah pendirian

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 14 August 2014 | 10:18


KUALA LUMPUR: PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menarik balik sokongan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor atau berhadapan dengan tindakan.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata tindakan itu termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan mereka sewaktu menjadi calon.


Status terkini Nik Abduh
Tindakan dua ADUN PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak.

"PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk mereka menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuansi tindakan," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Kenyataan itu sebagai rekasi kepada tindakan ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mohd Khairuddin berkata, perbuatan kedua-dua ADUN PAS itu amat serius kerana ia
tidak menurut tatacara dan arahan yang telah ditetapkan parti berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

"Arahan daripada Pesuruhjaya adalah tumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti," katanya.

Beliau menegaskan akepada mereka berdua bahawa PAS mempunyai organisasi negeri, kepemimpinan pusat dan majlis syura ulama yang harus dipatuhi.

"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan. Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17hb ini?

"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17hb ini. Sebab itu sabar," katanya.

bharian

PRU13: Calon Pas wajib ambil bai'ah

February 21, 2012

Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Februari 2012.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat."

Sebelum itu pada tahun 2011, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pernah menjelaskan, ada tiga perkara dalam Sumpah Bai'ah yang perlu dipatuhi oleh calon Pas yang dipilih.

"Pertama, calon  berjanji jika menang (dalam pilihan raya), dia tidak akan melompat atau keluar parti.

Kedua, sekiranya keluar parti atau lompat parti, mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi kerana telah khianat kepada pengundi yang telah memilihnya daripada parti yang dia bertanding.

"Dan yang ketiga, sekiranya dia (calon) keluar parti atau lompat parti dan tidak mengosongkan kerusi, maka haramlah pendapatannya, elaunnya dan pencen yang diterimanya kerana dia tidak  amanah  kepada rakyat yang diwakilinya," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian
--SU
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger