Home » » PAS SELANGOR DIMINTA SERAH LAPORAN DUA ADUN SOKONG WAN AZIZAH......

PAS SELANGOR DIMINTA SERAH LAPORAN DUA ADUN SOKONG WAN AZIZAH......

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 14 August 2014 | 07:36


KUALA LUMPUR:  PAS Pusat mengarahkan PAS Selangor mengemukakan laporan tindakan dua ADUN PAS negeri itu memberi sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, beliau sudah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dan meminta laporan penuh berhubung perkara itu.

"Saya telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor supaya memberi laporan tentang dua orang ini supaya kita dapat gambaran sebenar," katanya dipetik Harakahdaily.

Beliau mengulas tindakan dua ADUN PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang bertindak menyertai sidang media bersama Dr Wan Azizah hari ini bagi menunjukkan sokongan majoriti dalam Dun Selangor pagi tadi.

Kedua-dua mereka turut menyatakan sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata PAS akan menyiasat perkara itu dan akan mendapatkan gambaran sebenar.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Pandangan serupa dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah, Majlis Syura Ulama PAS juga menetapkan pendirian agar Khalid dikekalkan jawatan itu sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger