Home » » Azizah mohon menghadap Sultan Selangor sekali lagi

Azizah mohon menghadap Sultan Selangor sekali lagi

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 14 August 2014 | 01:03


SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan sekali lagi memohon untuk menghadap Sultan Selangor bagi menjelaskan kemelut jawatan menteri besar.

Kali ini Azizah menandatangani sendiri surat permohonan yang dikemukakan Selasa lalu.

Ahad lalu Sultan Selangor menolak permohonan menghadap Azizah ekoran baginda telah mendengar penjelasan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung kemelut itu.

Surat permohonan menghadap itu bagaimanapun ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata Sultan enggan memperkenan permohonan Azizah dan Anwar kerana tidak mahu terlibat dalam kancah politik Pakatan Rakyat Selangor.

"Sultan Selangor berpendapat pemecatan Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor.

"Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR," katanya.

Akhbar The Star melaporkan Sultan Selangor tahu mengenai permohonan kedua Wan Azizah tetapi hanya akan pulang ke tanah air pada 23 Ogos ini selepas berangkat ke luar negara semalam.

Kemelut Menteri Besar Selangor semakin meruncing apabila Khalid bertindak memecat lima daripada 10 exco Selangor membabitkan wakil daripada DAP dan PKR.

Tindakan pemecatan itu diperkenan Sultan Sharafuddin.

Terbaru, seorang lagi exco, Rodziah Ismail memberitahu beliau akur pada keputusan parti yang mahukan beliau menolak kepimpinan Khalid dan bersedia meletakkan jawatannya sebagai exco.

Khalid kini hanya mentadbir Selangor dengan sokonan empat exco PAS dan beliau memberitahu tidak merancang untuk melantik ADUN Umno untuk mengisi kerusi exco yang kosong.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger