Home » » Terkini Risalah Propaganda PR Disebar Untuk Aibkan Khalid Ibrahim Tersebar

Terkini Risalah Propaganda PR Disebar Untuk Aibkan Khalid Ibrahim Tersebar

Written By Bp Channel II on Wednesday, 13 August 2014 | 08:54


BERSUNGGUH-SUNGGUH benar usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ‘busuk’ di mata rakyat negeri itu.

Terbaru, risalah yang kononnya membongkar segala ketidakjujuran Khalid telah mula disebarkan kepada umum.

Ia termasuklah kronologi kes pelupusan hutang berpuluh juta ringgit yang kemudiannya turut dikaitkan dengan perjanjian air, projek lebuhraya tol KIDEX sehinggalah kontrak pembangunan hartanah kepada ‘rakan lama’.

Pada masa yang sama, risalah itu turut menyebut sebab Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersungguh-sungguh mempertahankan Khalid.

Tidak cukup dengan itu, isu-isu yang belum diselesaikan oleh Khalid turut disenaraikan termasuklah isu sampah.

Pendek kata, memang dilondehkan sehabis-habisnya.

Click gambar untuk besarkan

Click gambar untuk besarkan

Click gambar untuk besarkan

Click gambar untuk besarkan


Apapun, inilah masanya untuk rakyat Selangor menilai cara kerja Pakatan Rakyat di negeri itu.

Baru satu negeri sudah huru-hara, kalau satu negara macam mana agaknya…? - Mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger