Home » » Video - Ada sebab Exco Pas terus bersama Khalid...

Video - Ada sebab Exco Pas terus bersama Khalid...

Written By Berita Setiap Hari on Friday 15 August 2014 | 01:11


KUALA LUMPUR - [KLIK SINI TONTON VIDEO TERSEBUT] Empat Exco Pas yang kekal mentadbir Selangor bersama Tan Sri Abdul Khalid bertujuan menjaga survival kerajaan PR sedia ada walaupun kesemua Exco DAP dan PKR dipecat Selasa lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu bertindak sedemikian bagi mengelak berlakunya kejatuhan kerajaan PR di negeri itu.

"Tindakan itu berlandaskan pentadbiran kerajaan negeri yang ditubuh mengikut Artikel  53 (2) (a) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang mensyaratkan minumum empat Exco untuk mentadbir negeri.

"Mereka (empat Exco Pas), yang menyertai pentadbiran negeri sekarang bukan disebabkan ada kepentingan diri, itu tidak benar.

"Oleh itu mereka bersama Abdul Khalid adalah untuk memastikan kerajaan PR tidak jatuh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata sekiranya Pas bertindak keluar daripada pentadbiran negeri Selangor, ia akan menjejaskan kepentingan rakyat Selangor.

"Kalau Exco-exco tidak masuk masuk mesyuarat, isu kepentingan rakyat tidak dapat dibuat, maka atas nama kebajikan rakyat pentadbiran negeri harus berjalan.

"Maka diputuskan Exco Pas perlu terus menjaga kepentingan ini," katanya.

Tambah Mustafa, pihaknya akan membuat keputusan muktamad terhadap segala isu berbangkit mengenai krisis politik di Selangor pada 17 Ogos ini.

Exco kerajaan Selangor daripada Pas adalah Iskandar Samad, Dr Halimah Ali, Dr Yunus Khairy dan Salehen Muhyi.

Kerajaan negeri Selangor memerlukan sekurang-kurangnya empat Exco untuk terus kekal.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger