Home » » Bilik bedah HSA pula keluar asap

Bilik bedah HSA pula keluar asap

Written By Gaha Belako on Wednesday, 26 October 2016 | 06:02


JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Hospital Sultanah Aminah di sini gempar sekali lagi apabila bilik bedah di tingkat satu bangunan induk itu dipercayai mengeluarkan asap kira-kira 1.40 tadi.

Kesemua kakitangan, pesakit yang berada dalam bangunan itu diarahkan keluar.

Sementara itu, polis mengesahkan berlaku percikan api di tingkat 1 bangunan induk Hospital Sultanah Aminah kira-kira 1.50 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku di bilik bedah yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

"Berlaku satu percikan api kecil di salah satu soket yang terkena air daripada kerja-kerja pembersihan yang dilakukan akibat kebakaran wad ICU semalam.

"Kejadian itu bagaimanapun tidak serius dan tidak melibatkan pesakit atau mana- mana individu kerana blok bangunan itu telah dikosongkan sejak semalam," katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger