Home » , » Kanak-kanak terperangkap 45 minit dalam kereta

Kanak-kanak terperangkap 45 minit dalam kereta

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 18 December 2016 | 15:30


LUMUT - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap kira-kira 45 minit dalam kereta bapanya di tempat letak kereta di Hospital Seri Manjung di sini, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Hakim, 5, dipercayai tertidur dalam kenderaan tersebut selepas menerima rawatan di hospital berkenaan kerana demam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Meor Azman Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 10.35 pagi.

"Difahamkan mangsa tertidur dalam kereta dengan keadaan enjin masih hidup manakala bapanya sedang mengambil ubat di hospital.

"Dengan bantuan orang ramai, kita mengejutkan mangsa sehingga terjaga sebelum kanak-kanak itu membuka pintu kereta. Kita juga cuba menggunakan dawai untuk membuka pintu kereta," katanya ketika dihubungi. – Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger