Home » » Kerajaan campuran beri kelebihan pada Pas

Kerajaan campuran beri kelebihan pada Pas

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 22 December 2016 | 16:01


SHAH ALAM - Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berpendapat, kerajaan campuran pastinya akan memberi kelebihan pada Pas.

"Tetapi dengan syarat mereka mempunyai jumlah ahli parlimen yang signifikan.

"Sekiranya tidak, Pas akan dilihat sebagai parti tumpangan sahaja dalam kerajaan campuran Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Sinar Online.


Mohammad Fuad memberitahu, sebelum ini Pas pernah bergabung dengan BN dan tidak mustahil akan berlaku sekali lagi dari apa yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin parti itu.

"Sekiranya Pas tidak bersama BN, parti itu akan berjuang bersendirian kerana nampak sukar untuk bersama Pakatan Harapan yang ada Amanah dan DAP," katanya.

Sinar Harian hari ini melaporkan, Pas melalui Naib Presidennya, Idris Ahmad menafikan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa Pas dan Umno berkemungkinan bekerjasama bagi mewujudkan kerajaan campuran pada PRU14.

Idris berkata, Pas masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger