Home » , » Paras air Sungai Golok turun, bilangan mangsa meningkat

Paras air Sungai Golok turun, bilangan mangsa meningkat

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 3 January 2017 | 21:56


RANTAU PANJANG - Walaupun paras air Sungai Golok menunjukkan  penurunan namun bilangan mangsa banjir di jajahan Pasir Mas meningkat daripada 2,473 kepada 5,635 mangsa melibatkan 2,151 keluarga jam 10 pagi tadi.

Mengikut portal info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak 32 pusat pemindahan banjir dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa terlibat.
Pusat pemindahan mencatatkan bilangan tertinggi adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang II dengan bilangan 1,367 mangsa diikuti SK Gual Tinggi (1,209), SK Kedai Tanjong (902), Sekolah Menengah Agama Arab Kampung Bongor (209) dan Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lubok Stol (SK Kiambang, 97 mangsa dan SK Gual To' Deh, 61 mangsa.

Kenaikan paras air menyebabkan beberapa kawasan di Pasir Mas dinaiki air dan memaksa penduduk berpindah ke pusat pemindahan di SK Gelang Mas (275), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (58), Madrasah Chasi (20) dan Madrasah Sungai Keladi (9).

Manakala antara pusat pemindahan yang baharu dibuka di Rantau Panjang ialah Sekolah Arab Lubok Gong (133), Madrasah Gual Mekong (47) dan SMA Arab Meranti (66).

Setakat jam 10 pagi tadi paras air Sungai Golok turut menurun sedikit pada paras bahaya 10.39 meter berbanding 10.45 meter semalam
Jalan raya ditutup kepada kenderaan juga meningkat kepada tujuh jalan iaitu Jalan Pintas Banggol Kulim Rantau Panjang, Jalan Rantau Panjang dekat Masjid Beijing, Jalan Rantau Panjang Panglima Bayu di Kampung Kajang, Jalan Panglima Bayu Kilometer 22-24, Jalan Bunga Raya Rantau Panjang,  Jalan Pohon Tanjong Meranti, Jalan Kampung Padang Licin.

Jalan di Simpang Empat Salam yang ditutup jam 6 petang semalam dibuka pagi ini, kepada kenderaan berat dan pacuan empat roda.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger