BERITA TERKINI
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

'Tiada sekatan pada kanak-kanak tak divaksin'

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 27 January 2022 | 04:35


 

 KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengenakan sekatan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang tidak mendapat vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, golongan itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin kerana Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), adalah tidak wajib.

Bagaimanapun, katanya, ibu bapa digalak untuk mendaftarkan anak masing-masing di aplikasi MySejahtera (MySJ), demi melindungi mereka daripada COVID-19.

"Daftar anak anda (5-11 tahun) untuk #PICKids di MySJ. Lindungi mereka daripada COVID-19," katanya dalam ciapan terkini di Twitter.

Minggu lalu, Khairy memaklumkan sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySJ akan dibuka pada akhir bulan ini, bermula di Lembah Klang dulu.

Melalui inisiatif itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 70 peratus kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan, dapat diberikan dos satu vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh dua bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal bulan depan dan 80 peratus akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan.

KKM ketika ini mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, yang antara lain ialah kebenaran makan di restoran.– BERNAMA

Lebih 230,000 individu dewasa terima dos penggalak

Written By Berita Setiap Hari on Friday, 21 January 2022 | 05:19

 


KUALA LUMPUR: Seramai 230,020 individu dewasa di Malaysia menerima dos penggalak vaksin COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif dos penggalak diberi kepada populasi berkenaan sebanyak 10,235,759 atau 43.7 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 22,913,483 atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi, manakala 23,191,008 individu atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,778,389 individu atau 88.3 peratus sudah lengkap vaksinasi, manakala 2,863,086 individu atau 91 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 234,983 dos vaksin telah diberikan semalam membabitkan 1,641 dos pertama dan 3,322 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 61,778,396 dos.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 22 kematian dilaporkan semalam dengan Selangor merekodkan tujuh kes, diikuti Perak dengan tiga kes, masing-masing dua kes di Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Terengganu manakala di Kedah, Kelantan, Pahang dan Sarawak masing-masing satu kes. – BERNAMA

Suntikan dos keempat vaksin Covid-19 juga kurang berkesan cegah Omicron

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 20 January 2022 | 04:53

 


 BAITULMUQADDIS: Suntikan dos keempat yang diberikan kepada sejumlah penduduk Israel dilihat kurang berkesan mencegah penularan varian Omicron.

Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Sheba, suntikan vaksin dos keempat meningkatkan sedikit antibodi, namun masih belum mencukupi memberikan perlindungan penuh daripada jangkitan Omicron.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Israel, Gili Regev-Yochay berkata, kajian itu secara tidak langsung menunjukkan antibodi yang amat tinggi diperlukan untuk mencegah jangkitan dan vaksin sedia ada belum mencapai tahap itu, biarpun diberi dalam sejumlah dos.

Kajian itu disifatkan yang pertama dilakukan, selain belum diterbitkan dalam mana-mana jurnal perubatan.

Israel menjadi antara wilayah paling cepat memberikan suntikan dos keempat kepada penduduknya sebagai usaha memerangi penularan Covid-19. – REUTERS

Tidak patuh SOP punca kluster pendidikan meningkat




Kuala Lumpur: Ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa dan di luar waktu persekolahan formal terutama ketika di asrama antara faktor peningkatan kluster institusi pendidikan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, faktor lain dikenal pasti adalah amalan pemakaian pelitup muka semasa berada di asrama belum di tahap optimum.

Selain itu, katanya, pergerakan pelajar yang bebas semasa berada di asrama, pergaulan rapat semasa pelajar di asrama dan tiada penjarakan fizikal semasa aktiviti kerohanian di masjid juga dikenal pasti faktor peningkatan dalam kluster itu.

"Pada masa sama, individu bergejala lewat dikesan, selain pelajar tidak memaklumkan kepada penyelia sewaktu mula bergejala.

"Pada masa sama, guru bergejala tetapi masih hadir ke kelas menyebabkan jangkitan kepada pelajar dan pelajar yang dikuarantin di sekolah tidak mematuhi arahan kuarantin juga antara faktor tercetus kluster," katanya pada sidang media hari ini.

Khairy berkata, faktor lain adalah ruangan tumpuan pelajar tidak dilakukan disinfeksi secara berkala dan sistem pengudaraan yang tidak mencukupi yang mana tiada kipas ekzos bagi bilik penghawa dingin dan tingkap di asrama tidak dibuka atau disidai tuala.

"Dari Minggu Epid 1 tahun 2022 hingga 19 Januari lalu, terdapat 52 kluster pendidikan, membabitkan 30 kluster (57.7 peratus) sekolah menengah.

"Daripada 30 sekolah menengah itu, 27 (90 peratus) adalah sekolah berasrama," katanya.

Beliau berkata, perkumpulan ramai ini meningkatkan risiko penularan jangkitan menyebabkan jumlah kluster di sekolah pada minggu pertama persekolahan sebanyak 15 kluster.

"Pada minggu kedua persekolahan bilangan kluster pendidikan meningkat sekali ganda kepada 33 kluster yang mana semua negeri ada melaporkan kluster kecuali Perlis, Terengganu, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya.

Katanya, bagi 52 kluster pendidikan yang dilaporkan sejak minggu pertama 1 tahun 2022, siasatan mendapati 44 kluster membabitkan kes indeks pelajar; guru atau pensyarah (lima kluster) dan staf sokongan pusat pendidikan (tiga kluster).

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam masa terdekat bagi mengukuhkan aktiviti kawalan dan pencegahan penularan jangkitan Covid-19 di institusi pendidikan," katanya.- hmetro

Penyanyi meninggal dunia selepas sengaja mahu dijangkiti Covid-19

 


Prague:Seorang penyanyi Czech yang juga antivaksin meninggal dunia selepas dengan sengaja mahu dijangkiti Covid-19 bagi mendapatkan pas kesihatan yang membolehkannya pergi ke sauna dan teater, kata keluarganya.

Bukti vaksinasi atau jangkitan baru diperlukan untuk masuk ke kemudahan kebudayaan dan sukan serta untuk melakukan perjalanan selain pergi ke bar dan restoran di negara anggota Kesatuan Eropah, yang sedang menghadapi jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Hana Horka, 57, yang juga vokalis kumpulan Asonance meninggal dunia pada Ahad, menurut anaknya Jan Rek.

Wanita itu sengaja mendedahkan dirinya kepada virus itu ketika suami dan anaknya yang sudah divaksin dijangkiti Covid-19 sebelum Krismas, kata Rek kepada radio awam, iRozhlas.cz.

"Dia memilih untuk hidup seperti seperti biasa bersama kami dan memilih untuk dijangkiti virus itu berbanding mendapatkan vaksinasi," katanya.

Dua hari sebelum kematiannya, Horka mencatatkan dalam media sosial, " Saya selamat. Ia sangat sukar. Jadi sekarang saya boleh pergi ke teater, sauna, konsert dan berjalan-jalan ke laut," katanya.

Rek menyalahkan kematian ibunya kepada pergerakan antivaksin tempatan, yang menurutnya pemimpin gerakan berkenaan menghasut ibunya untuk tidak mengambil vaksin.

"Saya tahu siapa yang mempengaruhinya. Saya sedih kerana dia lebih percayakan orang yang tidak dikenali daripada keluarganya sendiri.

"Ia bukan hanya maklumat yang salah tetapi juga pandangan mengenai imuniti semula jadi dan antibodi yang diperoleh melalui jangkitan," katanya.

Dua kes Covid-19 baru, dua hari tanpa penularan rakyat tempatan

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 10 June 2020 | 15:51

Malaysiahari ini mencatatkan dua lagi kes Covid-19 baru. Daripada jumlah itu,s atu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala satu lagi adalah kes penularan tempatan.

Penularan tempatan itu melibatkan seorang warga asing. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia setakat hari ini adalah 8,338 kes.

“Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari ini juga, tiada kes penularan dalam negara dicatatkan di kalangan warganegara Malaysia.

“Satu kes penularan di dalam negara yang dicatatkan adalah merupakan seorang bukan warganegara di mana kes ini dilaporkan di Kuching, Sarawak iaitu kes saringan kepada kontak rapat kes 8303,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham abdullah pada sidang media hariannya di Putrajaya, hari ini.

Sejak semalam, tidak ada penularan yang membabitkan rakyat Malaysia bermula 18 Mac apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Dr Noor Hisham juga melaporkan sejumlah 39 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,014 kes atau 84.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,206 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak lima kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 118 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-118 (kes ke-824) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang.

“Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada 10 Jun jam 7.03 pagi,” katanya.--mkini

AWAS Kolagen pembunuh senyap

Written By Berita Setiap Hari on Monday, 25 May 2015 | 21:02


JANGAN sampai salah langkah!

Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit.

Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?

Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg.

Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini.

Pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kondisi kandungan dan lebih penting dapat nasihat daripada pakar.

PPIM terima aduan pengguna

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan mengenai produk makanan tambahan seperti kolagen yang dibeli tidak memberikan hasil seperti dijanjikan.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan itu seolah-olah menipu pengguna untuk membeli produk tersebut.

“Pada kebiasaannya harga untuk produk kolagen itu mencecah ratusan ringgit dengan menjanjikan bahawa ia akan memberikan hasil menakjubkan.

“Tetapi ada yang datang kepada kami menyatakan mereka ditipu setelah membelanjakan ratusan ringgit, tetapi hasil yang diperoleh tidak memuaskan,” katanya.

Menurutnya, tidak semua pengeluar produk makanan tambahan menipu pengguna sebaliknya ada segelintir  cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah.

“Mereka (pengeluar produk) perlu wujudkan satu persatuan dalam kalangan mereka supaya wujud etika dalam setiap pengeluaran produk dan tidak mengambil kesempatan menjual dengan harga tinggi.

“Terdapat juga pengeluar produk berasaskan krim kolagen meletakkan bahan yang merbahaya. Memang akan nampak kesan positif tetapi untuk jangka masa panjang ia akan menyebabkan masalah kulit,” katanya.

Katanya, pengguna perlu peka dengan kandungan dalam makanan tambahan diambil dan tidak terlalu mempercayai promosi yang dibuat syarikat pengeluaran produk makanan tambahan.

“Kadang-kadang yang datang untuk jual produk itu adalah rakan-rakan sendiri ataupun daripada kalangan keluarga sendiri yang menjual produk.

“Pengguna perlu tahu sesuatu produk sesuai atau tidak sebelum membelinya walaupun yang menjual adalah kenalan kita sendiri,” katanya.

Rosakkan organ dalaman

MAKANAN tambahan seperti kolagen jika diambil secara berlebihan bakal mengundang risiko terhadap sistem dalam badan.

Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali berkata, kesan pengambilan kolagen tanpa had tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang jika digunakan secara berterusan.

“Apabila produk dengan kandungan kolagen masuk dalam badan, ia akan diproses di hati dan dipecahkan kepada molekul kecil.

“Jika diambil berlebihan, ia memberikan beban kepada hati yang perlu bekerja keras memproses bahan tersebut,” katanya.

Katanya, selepas selesai proses di hati, kolagen akan diangkut dalam darah untuk dihantar ke seluruh badan.

“Kolagen akan diuraikan kepada asid amino dan diangkut melalui darah ke kawasan diperlukan seperti otot dan kulit.

“Lebihan kolagen pula tidak boleh disimpan di dalam badan sebaliknya perlu dikumuhkan keluar melalui air kencing dan najis,” katanya.    

Katanya, pengguna berisiko mengalami kerosakan sel hati.

“Suplemen ini tidak mengandungi kolagen semata-mata, tetapi berkemungkinan ada pengawet digunakan bagi memastikan produk itu stabil,” katanya.

Dr Norazlanshah berkata, proses ini berlaku di buah pinggang dan jika dikumuhkan secara berlebihan, sel buah pinggang akan rosak dalam jangka masa panjang.

Beliau menasihati pengguna supaya mendapatkan konsultasi daripada pakar perubatan sebelum mengambil kuantiti kolagen yang sesuai.

“Daripada segi kuantiti kolagen, biasanya wanita memerlukan lebih berbanding lelaki kerana ia mudah dicerna dalam tubuh,” katanya.

Katanya, pembaziran berlaku jika badan tidak memerlukan banyak kolagen tetapi ia diambil tanpa mendapatkan sebarang nasihat pakar.

“Sekiranya ingin mencuba kolagen, pengguna perlu menyedari industri suplemen ini tidak dipantau. Kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui.

“Dari sudut perubatan, pengambilan kolagen sebenarnya adalah suntikan yang bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler),” katanya.

Rumpai laut tidak mengandungi kolagen

RUMPAI laut yang dibungkus di pasaran dengan label menarik seperti ‘marin kolagen’, 'ibu kolagen' atau ‘kolagen mentah’ sebenarnya tidak mengandungi kolagen.

Herbalis, Bahrain Samah berkata, setakat ini tiada sebarang kajian sains dilaporkan dalam jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana asalnya didapati mengandungi kolagen.

“Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan sama ada bertulang belakang atau tiada tulang belakang.

"Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein,” katanya.

Menurutnya, protein memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal, menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen.

“Kenyataan rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tidak tepat," katanya.

Katanya, istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein penting kepada tubuh.

"Lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah kolagen," katanya.

Tambahnya, ramai wanita mengamalkan pengambilan gel rumpai laut kerana percaya ia mengandungi kolagen.

“Pengambilan pada dos sesuai dan konsisten boleh menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit.

"Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? Jawapannya ialah paras protein rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein,” katanya.

Bergantung pada badan

KEBERKESANAN produk kolagen bergantung kepada keupayaan badan untuk menyerapnya.

Pakar Kulit Poliklinik Dr Suraya, Dr Suraya Sudin berkata, kandungan kolagen tinggi dalam produk di pasaran tidak menjamin keberkesanan produk itu.

“Pada usia 40 tahun, kolagen semakin berkurangan dan perlu ada pengganti. Kerana itu ramai yang mengambil produk tambahan,” katanya.

Produk kolagen terdapat di pasaran berfungsi mencantikkan kulit.

"Vitamin C perlu dititikberatkan dalam menghasilkan kembali kolagen kepada badan. Ada produk mengandungi 20,000Mg kolagen untuk setiap penggunaan.

"Jumlah tinggi tidak menjamin hasil yang bakal diperoleh. Pengguna perlu cuba dan melihat hasilnya sendiri," katanya.

Beliau berkata, tiada kesan juga mungkin disebabkan ia adalah kolagen tiruan atau tidak sesuai dengan tubuh badan seseorang.

"Kolagen disuntik lebih diyakini berkesan kerana ia diserap kulit. Pastikan ia asli supaya tidak memudaratkan kesihatan," katanya.

Jelasnya, pengambilan kafein bersama kolagen juga antara penyebab ia tidak berkesan pada tubuh.

“Bukan tidak boleh minum kafein, cuma itu antara faktor menyebabkan kolagen cepat hilang. Jika ambil gula yang banyak boleh kurangkan kolagen.

“Asap rokok dan cahaya matahari terik juga menyebabkan kolagen pecah dan terurai,” katanya.

Saran penggunaan pada kuantiti betul

Pen gguna seharusnya tidak mengambil makanan tambahan seperti kolagen dalam kuantiti banyak. Peniaga makanan tambahan kolagen, Wan Hidayah Omar, 32 berkata, pengguna seharusnya mengikut sukatan yang di tulis pada pembalut produk.

“Saya sentiasa menasihati pelanggan supaya mengamalkan makanan tambahan mengikut kuantiti ditetapkan.

“Jangan kerana hendak cepat cantik, soal kesihatan diabaikan. Sesuatu produk perlu mengambil masa tertentu supaya ia boleh memberikan kesan kepada badan,” katanya.

Menurutnya, walaupun pengguna makan kolagen dalam kuantiti banyak, ia tetap diserap pada kuantiti tertentu yang diperlukan tubuh.

“Perkara paling penting adalah minum air pada kuantiti banyak selepas makan kolagen itu,” katanya. Dia juga menasihati pelanggannya supaya menghentikan pengambilan sekiranya terdapat gejala atau tanda luar biasa pada kulit.

Sementara itu, peniaga lain, Nur Amira Suhaimi, 29 berkata, pengambilan produk tiruan kolagen dikhuatiri menjadi punca masalah kesihatan.

Dia berkata, setakat ini masih belum menerima aduan daripada pelanggannya yang mengatakan mengalami masalah kesihatan selepas mengamalkan produk yang dijual.

“Sekarang ini berlaku lambakan produk makanan tambahan di pasaran dan kita tidak tahu mana asli atau palsu. Produk tiruan dijual dalam pembungkusan yang lebih kurang sama dengan yang asli.

“Kebanyakan produk tiruan ini bakal menyumbang kerosakan organ dalaman kerana di campur dengan bahan pengawet tidak dibenarkan,” katanya.

Katanya, pengguna perlu memperhalusi label pada pembungkus produk dan membeli daripada penjual yang diyakini.

Nak Kahwin Tetapi Risau masalah tak bersunat

Written By Berita Setiap Hari on Monday, 27 January 2014 | 16:15


Saya berusia 28 tahun dan akan mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini. Saya bekerja sebagai jururawat.

Saya dapati alat sulit saya kelihatan berbeza daripada wanita lain apabila labia minora kelihatan sangat lebar. Saya bertanyakan kepada ibu sama ada saya disunatkan semasa dilahirkan, namun ibu saya tidak ingat, cuma katanya kemungkinan ada.
Apabila bertanyakan pada ayah pula, dia memberitahu perempuan tidak wajib bersunat jadi kemungkinan saya tidak disunatkan.

Saya jadi takut dan agak tertekan sekiranya bakal suami tidak dapat menerima keadaan saya ini. Saya pernah terdengar perbualan orang tua bahawa lelaki tidak sukakan perempuan yang tidak bersunat.


Ini menambah tekanan pada saya. Pada usia ini, bolehkah saya melakukan prosedur bersunat? Jika ada, di manakah tempatnya? Saya berasa cukup malu dan harap doktor dapat memberi pandangan.



Lis, 
Selangor. 

Saiz labia minora ada sedikit berbeza antara wanita, malah saiz atau panjang labia minora kanan juga mungkin sedikit berbeza daripada labia minora kiri.

Bersunat bagi perempuan juga berbeza mengikut amalan masyarakat. Kini, amalan bersunat di Malaysia lebih kepada ‘cukup syarat’ contohnya dengan hanya menyentuh gunting atau pisau pada bahagian kemaluan bayi atau kanak-kanak perempuan, bukannya seperti dulu dengan memotong lebih banyak bahagian atas sudut pertemuan labia minora.

Apa yang lebih penting adalah menjaga kebersihan kemaluan, sama ada sudah bersunat ataupun belum. Kotoran atau daki lebih mudah berkumpul di celah atau bawah sudut terbabit pada wanita yang tidak bersunat, tetapi ini tidak bermakna wanita yang sudah bersunat bebas daripada kotoran berkenaan.

Sebagai jururawat yang ada mempelajari bahagian kemaluan wanita, anda pasti lebih berpengetahuan dalam menjaga kebersihan bahagian terbabit.

Labia minora memainkan peranan dalam membantu ‘menutup’ bahagian bukaan salur kencing dan bukaan faraj. Labia minora yang lebih lebar sepatutnya lebih melindungi bahagian ini daripada jangkitan kuman.

---Harian Metro

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 10 December 2013 | 11:32


Apabila anda melihat binatang aka serangga yang bernama lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.

Silakan copy, share atau apa sahaja tanpa perlu meminta izin untuk manfaat bersama.
 
Support : Creating Website | Berita Setiap Hari | Berita Setiap Hari
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Berita Setiap Hari
Proudly powered by Blogger