Home » » Kantoi curi wang tabung masjid Hadhari Jerteh

Kantoi curi wang tabung masjid Hadhari Jerteh

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 10 January 2015 | 06:22


JERTIH - Dua lelaki tidak sempat menikmati hasil curi apabila diberkas orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis, kelmarin.

Menurut sumber, suspek dikatakan cuba mencuri wang tabung besi Masjid Hadhari, di sini, dengan cara memancingnya melalui lubang tabung berkenaan.

Bagaimanapun, kata sumber, perbuatan suspek itu disedari beberapa jawatankuasa dan jemaah yang masih berada di kawasan masjid berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

“Sebaik menyedari perbuatan mereka dilihat orang, kedua-dua suspek cuba melarikan diri dengan seorang daripada mereka bersembunyi di dalam tandas, manakala rakannya pula keluar dari kawasan masjid.

“Bagaimanapun, suspek yang cuba keluar dari masjid terlebih dahulu ditangkap orang ramai diikuti seorang lagi rakannya,” katanya.

Kata sumber, pemeriksaan ke atas suspek mendapati terdapat kira-kira RM200 dipercayai dicuri daripada tabung masjid berkenaan.

Justeru katanya, kedua-dua suspek kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah mengesahkan penahanan dua suspek terlibat selepas diserahkan orang awam yang berjaya memberkas mereka.

Menurutnya, saringan air kencing menunjukkan kedua-dua suspek berusia 20-an dan beralamat di Semerak, Pasir Putih, Kelantan itu positif dadah.

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger