Home » » Sesi persekolahan 41 sekolah ditunda seminggu lagi

Sesi persekolahan 41 sekolah ditunda seminggu lagi

Written By Berita Setiap Hari on Friday 9 January 2015 | 07:54


KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan 2015 bagi 41 sekolah iaitu empat di Kelantan, 18 di Pahang dan 19 di Perak, ditangguhkan seminggu lagi berikutan masih terbabit dengan banjir. Berikutan itu, tarikh baharu permulaan sesi persekolahan di sekolah terbabit ialah Ahad, 18 Januari bagi sekolah di Kelantan dan Isnin, 19 Januari bagi sekolah di Perak dan Pahang. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata penundaan itu membabitkan sejumlah lima hari persekolahan iaitu 11 hingga 15 Januari di Kelantan dan 12 hingga 16 Januari di Perak dan Pahang serta perlu diganti. Sekolah-sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dr Khair berkata, Kementerian Pendidikan juga merakamkan penghargaan kepada pasukan sukarelawan daripada seluruh negara, pasukan tentera, polis, bomba, ibu bapa, guru-guru dan agensi kerajaan lain yang bertungkus lumus membantu membersih serta memulihkan keadaan sekolah-sekolah terbabit banjir. "Sesungguhnya kerjasama, komitmen dan solidariti yang ditunjukkan itu telah memperkukuhkan lagi iltizam kementerian untuk meningkatkan lagi sistem pendidikan negara ke tahap lebih tinggi demi kemajuan anak bangsa di masa hadapan," katanya. SENARAI SEKOLAH TERBABIT BANJIR YANG DITUNDA SESI PERSEKOLAHAN KEPADA 18 ATAU 19 JANUARI 2015: http://www.bharian.com.my/node/28152
CLICK PADA GAMBAR UNTUK ZOOM
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger