Home » » Air kehitaman dibuang dari perut Munah

Air kehitaman dibuang dari perut Munah

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 7 February 2015 | 19:52


HULU BESUT - Sebanyak kira-kira 12 liter air sudah dikeluarkan dari perut Munah Abdullah, 61, dari Felda Tenang di sini, yang mengalami masalah perut membesar.

Anak lelakinya, Zulkifli Awang, 27, berkata, pegawai perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sedang berusaha mencari penyakit sebenar bagi merawat ibunya.

Menurutnya, sejak dimasukkan ke hospital berkenaan pada 3 Februari lalu, sebanyak enam beg air telah dikeluarkan dari perut ibunya iaitu satu beg sebanyak dua liter air.

“Air yang dikeluarkan berwarna agak kehitaman dipercayai bercampur dengan darah dan sejak air dikeluarkan, keadaan perut ibu jadi sedikit lembut serta tak tegang bersinar seperti sebelum ini.

“Saya tak pasti berapa banyak air akan dikeluarkan dari perut ibu saya memandangkan saiz perutnya tak berubah. Saya difahamkan oleh pegawai perubatan sebelum ini, kemungkinan ovari ibu saya bengkak menyebabkan keadaannya seperti sekarang,” katanya.

Pada masa sama Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan berusaha untuk memastikan ibunya sembuh.

Katanya, dia juga berharap orang ramai dapat mendoakan ibunya segera sembuh agar dapat menikmati kehidupan seperti biasa.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger