Home » » PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI MALAYSIA, YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABD RAZAK

PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI MALAYSIA, YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABD RAZAK

Written By Berita Setiap Hari on Friday 13 February 2015 | 05:25


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya berasa amat sedih di atas kehilangan Allahyarham Dato' Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.


Hari ini Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin Islam yang sangat dihormati. Walaupun kami berbeza pendapat & pandangan dalam beberapa perkara, kita mempunyai impian yang sama iaitu untuk memartabatkan Islam di negara Malaysia ini.

Firman Allah SWT di dalam Al-Qur'an Surah Al-Hujurat, Ayat 10 yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang Islam itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu jika mereka berselisih, dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat Rahmat."
Kita semua akan merindui beliau, dan saya ingin mengucapkan takziah buat ahli keluarga yang tersayang.

Semoga roh Dato' Nik Aziz dicucuri Rahmat dan disemadikan di kalangan para-para Syuhada'. Saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia yang beragama Islam menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Sekian, Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
--BH
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger