Home » » Jenayah internet remaja di Terengganu terkawal

Jenayah internet remaja di Terengganu terkawal

Written By Berita Setiap Hari on Monday 9 March 2015 | 01:59


BESUT - Kegiatan jenayah menerusi penggunaan internet di kalangan remaja di Terengganu terkawal, kata Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hashim Abdul Jalil.

Katanya, polis Terengganu sering melakukan risikan dan pengawasan ke atas kegiatan penggunaan internet khususnya oleh remaja bagi memastikan mereka tidak terjebak dalam kegiatan jenayah terancang termasuk menyertai kumpulan militan yang kini merekrut anggota menerusi Internet.

"Walaupun sebelum ini PDRM berjaya mengesan segelintir remaja dalam negara ini terlibat dalam kegiatan jenayah seperti terrorisme menerusi khidmat internet, namun gejala itu didapati tidak berlaku di kalangan remaja di negeri ini," katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia di Kem Seri Keluang di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah Mara, Sahaidan Mahmood dan Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah.

Sebanyak 41 Maktab Rendah Sains Mara menyertai perkhemahan selama empat hari itu yang membabitkan seramai 902 pelajar dan 246 guru pengiring.  - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger