Home » » Penyokong Anwar jangan jadi seperti keldai dicucuk hidung – Zulkifli Nordin

Penyokong Anwar jangan jadi seperti keldai dicucuk hidung – Zulkifli Nordin

Written By Berita Setiap Hari on Monday 9 March 2015 | 01:56


KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Kulim – Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin menasihati penyokong-penyokong Ketua Pembangkang PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak menjadi seperti keldai dicucuk hidung.
Beliau yang juga bekas peguam Anwar berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sengaja mengheret rakyat dalam isu liwatnya untuk menutup kes peribadinya.
Jelasnya, perjuangan penyokong Anwar kononnnya ingin menuntut keadilan terhadapnya adalah tidak rasional memandangkan ahli politik itu tidak pernah dizalimi mana-mana pihak.
“Sebenarnya, ini adalah kes seorang pembantu peribadi Anwar bernama Saiful Bukhari yang mengadu diliwat oleh majikannya Anwar!
“Kes ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan, UMNO mahupun DS (Datuk Seri) Najib!
“Jadi nasihat saya kepada mereka ini (penyokong) supaya jangan jadi seperti keldai dicucuk hidung. Sudah-sudahlah diperkeldaikan selama ini!,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas sikap penyokong tegar Anwar yang dilihat terus berdegil menyertai kemuncak perhimpunan Kita Lawan semalam yang diadakan di hadapan Kompleks membeli-belah, Sogo.
Perhimpunan Kita Lawan yang diadakan menyatakan solidariti ke atas Anwar pada Sabtu lalu dianggarkan lebih 4,000 penyokong turut serta yang berarak dari tiga lokasi iaitu Masjid Jamek, Pasar Seni dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, di sini.
Menurut Zulkifli, pengikut Anwar yang disifatkannya sebagai terlalu taksub sebaliknya perlu mendesak Anwar agar menjelaskan beberapa perkara setelah menyatakan beliau kononnya dizalimi.
Antara persoalan tersebut adalah:
“Anwar gagal bela diri dan beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah walaupun diberi peluang bela diri dengan diwakili ramai peguam hebat! Kenapa?
“Saksi alibi Anwar iaitu Wan Azizah; ipar dia Mokhtar; rakan baiknya Hasanudin (pemilik kondominium) tidak dipanggil beri keterangan walaupun disenaraikan sebagai saksi oleh peguam Anwar! Kenapa?
“Anwar gagal menafikan melalui keterangan bersumpah dlm Mahkamah bahawa DNA daripada air mani dia ditemui 4cm dalam dubor Saiful & disahkan melalui keterangan pakar kimia, forensik dan perubatan dalam Mahkamah! Kenapa?.
“Anwar enggan mengangkat sumpah mubahalah menafikan meliwat Saiful; sedangkan Saiful sendiri telah mengangkat sumpah mengaku diliwat Anwar! Kenapa?
“Anwar enggan memberikan sampel darah dia utk ujian DNA? Apa yg ditakutkan Anwar kalau dia benar! Kenapa?
“Presiden Majlis Peguam Christopher Leong menyatakan perlakuan liwat Anwar itu adalah atas dasar suka sama suka! Kenapa?,” soal Zulkifli, lapor Malaysian Digest.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger