Program Pegang Anjing Kini Dah Melarat Ke Penang Pulak..?
Written By Berita Setiap Hari on Monday, 9 March 2015 | 01:35
BERTEMPAT di Penang Times Square, telah berlangsung satu program seakan-akan ‘I Want To Touch A Dog’ yang pernah mencetuskan kontroversi hebat satu ketika dahulu.
Program yang dinamakan ‘Be A Paw Walker’ anjuran pertubuhan bukan kerajaan Opt To Adopt ini dikatakan bertujuan memfokuskan kepada penjagaan anjing sebagai haiwan peliharaan.
Nampaknya akak ini tidak mengikuti secara dekat atau membaca laporan yang dikupas ketika program IWTTAD mencetuskan polemik tahun lalu.
Jika tidak, tentu dia tahu bahawa adalah haram hukumnya untuk saja-saja memegang binatang yang dikategorikan sebagai najis mughallazah walaupun boleh disertu selepas itu.
Ini dijelaskan sendiri oleh bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut yang berkata, adalah haram untuk seorang Muslim sengaja menyentuh anjing tanpa sebab kerana haiwan itu dikategorikan dalam najis berat menurut ajaran mazhab Imam Shafie dan Hanbali, bagi menjawab persoalan hukum ketika program IWTTAD hangat diperkatakan dahulu.
Sebagai pencerahan, anjing merupakan salah satu makhluk Allah dan Islam tidak pernah memandang keji haiwan ini.
Namun, hukum hakam agama yang sudah menggariskan bahawa anjing tidak boleh disentuh sesuka hati tanpa sebab kukuh mestilah dipatuhi.
Jika dibuat juga, ianya samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.
Share this article :
Related Articles
- Tebus baucar Perlindungan Tenang RM75 mulai hari ini
- PRNJohor: ‘Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang’
- 'Tiada sekatan pada kanak-kanak tak divaksin'
- Harap keluarga Dr Mahathir tabah - PM
- Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah
- Lima tahun tak ambil gaji
Labels:
Semasa