Home » » “Saya Yang Tak Lulus Permohonan Anwar Ke Parlimen”

“Saya Yang Tak Lulus Permohonan Anwar Ke Parlimen”

Written By Berita Setiap Hari on Monday 9 March 2015 | 01:36


KUALA LUMPUR – Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar menjelaskan beliau yang tidak meluluskan permohonan supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan menghadiri pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 hari ini.

Menurutnya, beliau membuat keputusan tidak meluluskan permohonan berkenaan berdasarkan Seksyen 31 (1) Akta Penjara 1995.

“Saya dengan ini mengesahkan surat penolakan telah dihantar kepada pemohon pada 4 Mac 2015,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghalang Anwar daripada menghadiri mesyuarat tersebut.
Zulkifli menjelaskan, permohonan supaya Anwar dibenarkan menghadiri Parlimen hari ini dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan tetuan Daim & Gamany.

- MYNEWSHUB.CC
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger