Home » » 5 jam kerah kudrat tawan puncak Gunung Tebu

5 jam kerah kudrat tawan puncak Gunung Tebu

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 21 May 2015 | 21:53


BERIS PAK ABU (Jerteh)  - Seramai 25 ahli Kelab Futsal Beris Pak Abu dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 4, Kuala Besut teruja apabila berjaya menawan puncak Gunung Tebu ketika melakukan ekspedisi mendaki gunung tertinggi di Terengganu itu yang terletak di Jabi.

Pengurus kelab berkenaan, Anuar Mat Lega berkata, pengalaman menawan gunung setinggi 1,401 meter dari paras laut itu amat bermakna buat peserta terdiri daripada penduduk kampung.

Menurutnya, kejayaan mendaki sehingga ke puncak tidak dapat ditukar ganti kerana kebanyakan peserta pertama kali mendaki gunung.

“Peserta melakukan pendakian dari Lata Belatan ke puncak gunung yang memakan masa lebih lima jam. Cabaran utama sebaik melepasi Batu Che Hassan apabila bentuk muka bumi semakin curam.

“Kepenatan setelah mengerah kudrat bagaikan hilang apabila tiba di puncak. Suasana sejuk dan berkabus selain tumbuhan renek seakan bonsai menggamit semua pendaki. Mereka terpaku melihat keindahan di puncak gunung itu dan menganggap kepenatan mereka berbaloi,” katanya yang juga Pengerusi JPP zon berkenaan.

Anuar berkata, pihaknya juga bercadang untuk menganjurkan ekspedisi sama sekali lagi, namun setiap peserta perlu sekurang-kurangnya melakukan latihan fizikal bagi mengelak kecederaan atau kesukaran mendaki.





 -----------------------------
PROMOSI ASTRO NJOY
---------------------------------------
SIAP PASANG RM284 harga asal rm400 lebih
*Tiada kontrek
*Tiada Yuran Bulanan
*Promosi Terhad 30 Pelanggang terawal sahaja
Nikmati 25 saluran TV & 20 saluran radio percuma.
Njoi adalah servis TV satelit percuma. Dunia hiburan, pembelajaran dan informasi 
cepat daftar selagi stok masih ada 
whatsapp CAL ke no - 01129206584
****SET DERCODER RECOND
(untuk pemasangan dalam negeri terengganu sahaja)
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger