Home » » Rahsia anak gadis ‘hilang’ terbongkar

Rahsia anak gadis ‘hilang’ terbongkar

Written By Berita Setiap Hari on Friday 22 May 2015 | 02:12


Alor Setar - Tindakan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya berusia 14 tahun pada Mac lalu mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin.
Difahamkan, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu atas dasar cinta bersama kekasihnya di sebuah rumah di Alor Janggus di sini, kira-kira jam 2.30 pagi.
Menurut sumber, mangsa keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan sebelum berjumpa suspek di sebuah rumah dan melakukan hubungan seks.
“Mangsa kemudian pulang ke rumahnya kira-kira jam 3.30 pagi dan kejadian itu langsung tidak disedari ahli keluarganya.
“Bagaimanapun, tembelang itu terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya yang tidak pulang ke rumah, baru-baru ini,” katanya.
Sumber berkata, polis yang menjalankan siasatan menemui mangsa kelmarin bersama teman lelakinya sebelum membawanya ke Balai Polis Alor Setar.
“Mangsa kemudian dibawa Hospital Sultanah Bahyiah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut oleh keluarganya dan hasil pemeriksaan menemui kesan koyak lama pada kemaluan mangsa akibat melakukan hubungan seks,” katanya.
Menurutnya, polis kemudian menahan remaja lelaki terbabit kerana melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur.
Jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger