Home » » Lelaki trauma dipaksa bogel

Lelaki trauma dipaksa bogel

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 13 October 2015 | 21:03


KAMPUNG RAJA - Seorang lelaki menempuh saat menakutkan apabila dia bukan sahaja dipaksa berbogel, tetapi turut disuruh berendam di laut hampir satu jam oleh dua lelaki yang menyamar sebagai polis.

Kejadian berlaku di Pantai Dalam Rhu, Pasir Puteh, Kelantan pada Selasa lalu.

Tidak cukup dengan itu, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bot berusia 20 tahun, turut dibelasah suspek yang ‘menculiknya’ kira-kira jam 5 pagi.

Mangsa turut mengalami kerugian kira-kira  RM1,000 selepas pelbagai barangan berharga miliknya seperti komputer riba, beberapa komponen kereta dan telefon bimbit dilarikan suspek.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, sebelum kejadian, mangsa dihampiri dua lelaki memperkenalkan diri sebagai polis, ketika dia berada di sebuah stesen minyak di Kampung Raja.

Menurutnya, suspek mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan kononnya untuk buat pemeriksaan, sebelum suspek menaiki kereta mangsa dan beritahu mahu membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu kerana ada melakukan kesalahan jenayah.

“Suspek terus membawa mangsa, namun sebaik tiba di Kampung Alor Lintah, dekat Jertih, suspek beritahu mahu membawanya ke Balai Polis Jertih terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, suspek tidak berhenti di balai berkenaan ketika melalui kawasan itu, sebaliknya terus memandu ke arah Pantai Dalam Rhu,” katanya.

Khaled berkata, setibanya di pantai itu, suspek mengarahkan mangsa berbogel sebelum menyuruh lelaki berkenaan masuk ke dalam laut.

Menurutnya, selepas hampir 30 minit berendam, mangsa pergi ke tempat letak kereta menyebabkan dia dipukul suspek dan mangsa sekali lagi dipaksa berendam di dalam air.

“Bimbang diapa-apakan suspek, mangsa akur dan selepas hampir 30 minit berada di dalam air, mangsa sekali lagi memberanikan diri pergi semula ke keretanya dan mendapati suspek sudah tiada.

“Bagaimanapun, dia dapati pelbagai barangan miliknya seperti alat pembesar suara, satu beg, tunai RM27, dua bentuk cincin perak, seutas jam tangan Tissot, satu lampu suluh, dua telefon bimbit, sebuah komputer riba, sepasang kasut, kad pengenalan, kad bank serta pakaiannya turut hilang,” katanya.

"Mangsa kemudian membuat laporan  di Balai Polis Kampung Raja dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar penjawat awam,” katanya.
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger