Home » , » Henti sebar maklumat tak benar

Henti sebar maklumat tak benar

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 18 December 2016 | 16:23



SHAH ALAM - Terdapat pelbagai versi jadual bekalan air serta info grafik Syabas tidak rasmi mengenai gangguan bekalan air yang dijadual bermula hari ini, tersebar luas di media sosial.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, pengguna adalah dinasihati untuk merujuk kepada 'Jadual Bekalan Air' rasmiyang disiarkan di www.syabas.com.my, atau aplikasi telefon pintar 'mySYABAS', Facebook; Air Selangor dan Twitter; 'air_selangor' sahaja.

Menurutnya, jadual bekalan air yang telah terancang akan dilaksanakan dari 19 sehingga 24 Disember mengikut 2 zon.

"Kami ingin memaklumkan sekali lagi bahawa bekalan air berjadual perlu dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan sepenuhnya bekalan air di ke semua kawasan, terutamanya kawasan di hujung sistem agihan air dan kawasan di tanah tinggi, yang biasanya mengambil masa lebih lama untuk mendapatkan bekalan air.

"Pemulihan secara berjadual ini juga dapat membantu kami menguruskan penghantaran lori tangki air dengan lebih berkesan mengikut zon.

"Kami percaya dengan inisiatif-inisiatif ini, proses pemulihan bekalan air boleh dipercepatkan dan bekalan air boleh pulih sepenuhnya sebelum 24 Disember," katanya menerusi kenyataan kepada Sinar Harian.

Amin Lin berkata, bagi kawasan Zon 1, air akan dibekalkan mulai jam 4 petang pada 20 Disember dan dihentikan mulai jam 9 pagi pada 21 dan 22 Disember.

"Air akan dibekalkan semula mulai jam 4 petang pada 23 dan 24 Disember.

"Bagi kawasan Zon 2, air akan dibekalkan mulai jam 4 petang pada 21 dan 22 Disember serta dihentikan keesokan harinya mulai jam 9 pagi pada 23 dan 24 Disember," katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger